Piala Dunia: Portugal azam untuk teruskan kempen - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Piala Dunia: Portugal azam untuk teruskan kempen

RIO DE JANEIRO: Cristiano Ronaldo berhasrat bermain habis-habisan untuk menghidupkan peluang Portugal dalam kempen Piala Dunia apabila menentang Amerika Syarikat pada perlawanan Kumpulan G, awal pagi esok. 

Bagaimanapun selepas tumpas 4-0 di tangan Jerman pada perlawanan pembukaan kumpulan itu, suasana Ronaldo berlatih dengan paket air batu di lututnya terus membimbangkan penyokong Portugal. 
Portugal berdepan Amerika Syarikat yang menumpaskan Ghana 2-1 pada perlawanan di Manuas, jam 6 pagi esok.


Dalam Kumpulan H, Belgium menentang Russia di Rio de Janeiro pada 12 tengah malam manakala Korea Selatan bertemu Algeria di Porto Alegre jam 3 pagi esok. 

Jurulatih Portugal, Paulo Bento tidak menyatakan sama ada Ronaldo akan turun beraksi. Tetapi bimbang apabila empat pemain iaitu Pepe yang digantung dan pertahanan yang cedera, Fabio Coentrao, penyerang Hugo Almeida dan penjaga gol, Rui Partricio tidak akan beraksi. 

"Keadaan sekarang amat mudah sama ada kami menang atau kami mula kemaskan beg untuk pulang. Ini adalah keadaan yang Portugal tidak perlu lalui," katanya. 

Sementara itu, jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann tidak akan menurunkan penyerang, Jozy Altidore yang mengalami kecederaan hamstring. 
Clint Dempsey yang menjaringkan gol ketika bertemu Ghana, dijangka terpaksa memakai pelindung muka selepas hidungnya patah pada perlawanan pertama. 

Selain itu, Belgium akan menentang Russia di Stadium Maracana pada perlawanan Kumpulan H. Belgium yang mengalahkan Algeria 2-1, boleh mara ke pusingan kedua dengan baki satu perlawanan jika menang manakala Russia hampir pasti tersingkir jika mereka kalah. 

Jurulatih Russia, Fabio Capello menegaskan beliau akan mengekalkan penjaga gol, Igor Akinfeev biarpun kesilapan besar ketika melawan Korea Selatan. 

"Saya sudah putuskan selepas kesilapan Akinfeev, dia akan kekal kerana dia adalah penjaga gol yang baik. Saya tidak fikir untuk menukarnya dan dia adalah antara yang terbaik di dunia," katanya. 

Capello menjangkakan Akivfeev akan diasak bertalu-talu oleh Belgium. 

Sementara itu, kapten Belgium Vincent Kompany yakin dirinya akan sembuh daripada kecederaan pangkal paha. Jurulatihnya, Marc Wilmots meramalkan Russia akan mengasak untuk mencari gol. 

Algeria pula yang menanti Korea Selatan masih kempunan kerana belum berupaya menamatkan tujuh perlawanan dalam Piala Dunia dengan kemenangan. 

"Sekarang bukan masanya untuk menangis, perlawanan ini amat genting," kata jurulatih, Vahid Halilhodzic. 

Korea Selatan sudah mara ke peringkat kalah mati sebanyak dua kali termasuk peringkat separuh akhir pada 2002. 

Jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-Bo yang menjadi kapten skuad itu pada 2002 berkata, Algeria akan melancarkan asakan apabila mereka bertemu. 

"Saya tidak berupaya untuk meramal keputusan. Tapi saya boleh katakan bahawa kami akan main untuk menang kerana ia penting untuk mara ke pusingan seterusnya," katanya. - AFP 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaDunia_Portugalazamuntukteruskankempen/pialadunia/Article/index_html
0 Komentar untuk "Piala Dunia: Portugal azam untuk teruskan kempen"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI