Jerman seri 2-2 dengan Ghana - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jerman seri 2-2 dengan Ghana

FORTALEZA, Brazil: Ghana mengikat Jerman untuk seri 2-2 biarpun penyerang veteran, Miroslav Klose masuk sebagai pemain gantian untuk menyamakan rekod jaringan Piala Dunia dengan gol penyamaan dalam saingan Kumpulan G.

Klose kini menjaringkan 15 gol Piala Dunia, sama dengan catatan bekas bintang Brazil, Ronaldo.
Klose menjaringkan gol penyamaan itu pada minit ke-71, kurang dua minit selepas masuk beraksi apabila sepakan sudut Toni Kroos ditolak ke hujung gawang oleh Benedikt Hoewedes dan penyerang itu menggelungsur untuk menolak bola masuk.


Mario Goetze meletakkan Jerman di depan pada minit ke-51 tetapi Ghana menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Andre Ayew. 

Kapten Ghana, Asamoah Gyan kemudian meletakkan pasukan Afrika itu di depan pada minit ke-63 hanya untuk Klose memadam kelebihan itu. - AP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jermanseri2-2denganGhana/pialadunia/Article/index_html
0 Komentar untuk "Jerman seri 2-2 dengan Ghana"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI