Shopify bantu niaga online - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Shopify bantu niaga online

Usahawan di Malaysia kini boleh membuka kedai dalam talian dengan lebih mudah tanpa memerlukan pengetahuan teknikal, melalui perkhidmatan disediakan laman web Shopify.

Laman itu menyediakan ratusan reka letak web bagi perniagaan dalam talian untuk kegunaan usahawan sebagai penyelesaian perdagangan elektronik (e-dagang) dan menawarkan cara penggunaan yang mudah.

Ketua Pembangunan Perniagaan Shopify Brennan Loh berkata, jumlah pengguna internet di Malaysia dijangka mencecah 21 juta pada 2016, sekali gus dijangka meningkatkan e-dagang dan dagangan mudah alih.

"Ramai pemilik perniagaan ingin memiliki kedai dalam talian sendiri tetapi tidak dapat melakukannya kepada kurang pengetahuan mengenai isu teknikal dan menyangka kos untuk membuka laman web sendiri adalah mahal.

"Platform disediakan Shopify ini membolehkan sesiapa sahaja melancarkan kedai online sendiri dengan harga permulaan berpatutan RM46 sebulan," katanya.

Menurutnya, bagi pasaran Malaysia, Shopify menggunakan khidmat penyedia pembayaran online iPay88 untuk memproses bayaran menerusi internet sama ada secara tunai atau menggunakan kad kredit, serta menjamin keselamatan transaksi.

"Kami akan sediakan Laporan Shopify kepada pemilik perniagaan dilengkapi maklumat penting seperti data pelanggan, corak pembelian dan sejarah tempahan  pelanggan untuk bantu peniaga kembangkan perniagaan mereka.

"Aplikasi telefon pintar juga disediakan bersama platform Shopify. Sehingga kini, Shopify digunakan lebih 70,000 usahawan online, menjana lebih RM6.34 bilion jualan seluruh dunia," katanya.
0 Komentar untuk "Shopify bantu niaga online"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI