Maharaja Lawak Mega 2013 Kekalkan Format Lama - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Maharaja Lawak Mega 2013 Kekalkan Format Lama

KUALA LUMPUR: Program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) akan mengekalkan format lama dengan turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya membuat keputusan untuk mengekalkan format tersebut selepas merasakan ia berpotensi bagi mengembangkan industri komedi ketiga-tiga buah negara.
"Setakat ini format masih sama bagi mengekalkan momentum yang sedia ada.
"Kita yakin dengan jemputan peserta daripada negara Singapura dan Indonesia dapat memeriahkan MLM 2013. Tambahan pula terdapat peserta tersebut pernah menyertai MLM sebelum ini.
"Cuma pihak kami memberi fokus pada tema-tema lebih mencabar yang diberikan setiap minggu," katanya.
Nizam ditemui pada pelancaran program tersebut di Hotel Istana di sini pada Isnin.
Turut hadir Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Warna, Rostam Said.
Kumpulan Boboi dari kiri; Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik turut menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.
Seramai 13 barisan pelawak akan beraksi di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.
"Kehadiran peserta-peserta lama yang antaranya seperti Boboi, Nabil dan Jambu juga bakal menyaksikan adakah mereka mampu bertahan dengan populariti masing-masing.
"Ini kerana peserta-peserta baharu juga tidak kurang hebatnya dan MLM 2013 pada masa sama juga akan memperlihatkan prestasi lawak mereka," ujarnya.
Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut.
Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.
Sementara itu, MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.
Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.
Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.
MLM 2013 akan bersiaran secara langsung bermula 15 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

 http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/29/mstar_hiburan/20131028194733


Bebas Bentuk Kumpulan Sendiri, Maharaja Lawak Mega 2013 Kekal Format Lama

 

Kembali menemui peminat program lawak, Maharaja Lawak Mega 2013 masih mengekalkan format lama sama seperti edisi yang sebelumnya. Kelainan pada kali ini lebih tertumpu kepada kehadiran muka baru selain kolaborasi para pelawak dalam pembentukan sesebuah kumpulan.
Masih mengekalkan Dato’ Ac Mizal sebagai pengacara utama, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan penyertaan daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Seramai 13 buah kumpulan bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan baru dibentuk untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan baru yang dibentuk termasuklah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ.
Selain tujuh buah kumpulan baru, terdapat juga perebutan kerusi panas di mana 12 kumpulan bakal berentap bagi merebut peluang terpilih secara automatik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2013 kelak. 12 kumpulan yang bakal berentap ialah Shake, Glory,Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross.
Pemilihan 12 kumpulan ini akan dilakukan secara langsung pada 8 November jam 10 malam di Astro Warna (132) dan diadili oleh tiga juri profesional  untuk memenuhi tiga kekosongan tempat di Maharaja Lawak Mega 2013.
Menurut Pengurus Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani, sistem permarkahan masih sama dengan 70 peratus dari pihak juri dan 30 peratus daripada undian para penonton. Para peserta juga bakal diberi tema yang lebih mencabar setiap minggu bagi merancakkan lagi pentas MLM 2013.
“Kami masih mengekalkan format lama di mana 70 peratus diadili oleh empat pihak juri dan 30 peratus undian daripada para penonton. Apa yang berbeza kali ini adalah penyertaan para peserta yang bebas untuk membentuk kumpulan mereka sendiri.
“Jadi para penonton akan dapat lihat kolaborasi atau kerjasama para pelawak dan saya pasti ini akan lebih menarik minat para penonton untuk terus menyokong dan menonton program MLM 2013. Para peserta juga bakal diberi tema yang lebih mencabar untuk merancakkan lagi pentas MLM kali ini,” jelas Encik Nizam pendek.
Dalam pada itu, menurut Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, walaupun terdapat beberapa pertukaran ahli kumpulan untuk penyertaan kali ini, ianya pasti lebih menghangatkan suasana kerana para penonton dapat melihat prestasi setiap kumpulan yang bertanding.
“Kami sedar beberapa pertukaran ahli kumpulan di MLM kali ini agak mengejutkan tetapi sudah pasti memberi kelebihan kepada kepada mereka juga sesuatu kelainan buat para penonton. Seperti Nabil yang kini kembali solo selain penambahan ahli baru dalam kumpulan Sepahtu contohnya satu strategi baru buat mereka untuk menarik undi atau perhatian penonton kelak.
“Jadi mereka bebas untuk memilih sesiapa sahaja ahli kumpul kali ini untuk dan kami turut percaya setiap kumpulan punya kelebihan dan keistimewaan mereka yang tersendiri,” ujar Encik Khairul pendek.
Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000. Turut diperkenalkan semula aplikasi permainan percuma kepada pemilik telefon pintar Android dan iPhone dengan kemaskini terbaru permainan ‘Mana Naga?’
Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsikan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro on-the-go.
Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!


Senarai Rasmi Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

Senarai rasmi peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Program Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah rancangan yang menampilkan peserta dari negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 akan bersiaran secara langsung mulai 8 November 2013 (pemilihan peserta) manakala siaran rasmi mulai 15 November 2013 pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Maharaja-Lawak-Mega-2013
MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.
Senarai Rasmi Peserta Maharaja Lawak Mega 2013
MLM
Seramai 13 barisan pelawak akan beraksi di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.
Seramai 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut.
Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna. MLM 2013 akan bersiaran secara langsung bermula 15 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
0 Komentar untuk "Maharaja Lawak Mega 2013 Kekalkan Format Lama "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI