KL Gangster 2 di pawagam LA - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

KL Gangster 2 di pawagam LA

KL Gangster 2 di pawagam LA

Rasa kecewa apabila filem KL Gangster 2 menjadi mangsa jenayah siber terubat apabila tiga minggu sebelum ditayangkan, beberapa pengedar filem antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berminat mengedarkan filem garapan Syamsul Yusof itu di negara terbabit.

Selain itu, melalui kerjasama strategik bersama KRU Studios, filem KL Gangster 2 akan ditayangkan di Los Angeles sempena Minggu Pasaran Filem AS. Menyusul pada Februari pula, ia akan menayangkannya di Berlin diikuti Festival Filem Cannes, Mei tahun depan.

Pengarah Urusan Skop Production Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, berkata, pihaknya menerima beberapa permintaan melalui e-mel daripada pengedar filem antarabangsa yang mahu memasarkan KL Gangster 2 ke AS dan Eropah.

“Syarikat berpangkalan di AS dan Eropah mengakui berminat mengedarkan filem itu selepas melihat sedutan atau trailer di laman Youtube. Sejak disiarkan di laman itu, jumlah tontonan yang direkodkan melebihi sejuta.

“Sebagai penerbit, pastinya berita itu menggembirakan dan disambut dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat dibincangkan dengan lebih terperinci.

“Ini kerana ketika e-mel diterima, kami berdepan dengan masalah filem ini ‘bocor’ di internet selepas dimuat naik secara haram,” ujar Yusof pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di TGV One Utama, Bandar Utama, malam kelmarin.

0 Komentar untuk "KL Gangster 2 di pawagam LA"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI