NASIONAL : ISNIN 24 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : ISNIN 24 OGOS 2009

ADUN PKR keluar parti
ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. RadzhiSalleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) danmelepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinyamenjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucukpimpinan parti tersebut.

PM syor Felda, Risda, Felcra bergabung
PEKAN 23 Ogos – Tiga agensi perladangan terbesar di negara ini – Felda,Risda dan Felcra disaran bergabung mewujudkan satu konsortium bagimelaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi pada masaakan datang.


SEMANGAT MERDEKA
MENJELANGsambutan Hari Kemerdekaan ke-52, pelbagai cara dilakukan bagimenghayati erti kemerdekaan. Bagi pesara tentera, Awang Manaf, 56,semangat itu ditunjukkan dengan menghias teksinya dengan 52 JalurGemilang sempena sambutan itu.

Jangan lokek korbankan harta - Najib
PEKAN 23 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam tidaklokek untuk mengorbankan harta dan wang ringgit demi pembangunan agamadan negara.


Kerjasama pakatan tak mampu bertahan lama - TPM
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Sallehmeninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai suatu perkembanganyang bagus dan amat menggalakkan.


Nilai kemampuan pembangkang
PEKAN 23 Ogos – Nilai sendiri kemampuan pembangkang mentadbirnegeri-negeri yang dimenangi! Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak yakin rakyat mampu berfikir secara rasional untuk menilai‘kewibawaan’ pakatan pembangkang mengambil kira ketidaksefahaman yangwujud dalam kalangan pemimpin mereka.








Adun Lunas keluar PKR
KUALALUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah, Mohd RadzhiSalleh, mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadiwakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinanparti itu.






Tindakan ke atas Gobalakrishnan
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Anggota polis yang dikasari semasa penamaancalon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasirmenimbang untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap AhliParlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.

Sijil lahir, permohonan kewarganegaraan siap akhir tahun
BUKITMERTAJAM 23 Ogos - Semua permohonan berkaitan kewarganegaraan, permitmasuk dan sijil kelahiran yang dikemukakan sepanjang tahun ini akandiselesaikan selewat-lewatnya Disember ini.

Pikat remaja ke masjid
PEKAN23 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta ahli jawatankuasa masjiddan surau mencari jalan untuk menarik golongan muda supaya terusmengimarahkan masjid selepas bulan Ramadan.

Libat diri dalam sukan
BUKITMERTAJAM 23 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinhari ini mengingatkan pelajar supaya tidak hanya menumpukan kepadapeperiksaan, sebaliknya turut melibatkan diri dalam aktiviti sepertikokurikulum dan sukan.

TPM, Anwar solat tarawih bersama
BUKITMERTAJAM, 23 Ogos – Dalam agenda kempen yang sibuk menjelang PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa untukbersolat tarawih bersama-sama penduduk di Masjid Jamek Bukit InderaMuda di sini, malam ini.

Tiada kematian tiga hari berturut-turut
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Tiada kematian baru akibat selesema babi atauinfluenza A (H1N1) dalam tempoh tiga hari berturut-turut, menjadikanangka korban kekal pada 68 orang.

Pesakit diberi rawatan awal secepat mungkin
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kementerian Kesihatan akan memastikan semuapesakit yang disyaki menghidap selesema babi atau influenza A (H1N1)diberi rawatan awal secepat mungkin bagi mengelak lebih banyak kematianakibat wabak penyakit tersebut di negara ini.

Gudang terbakar rugi RM50 juta
SITIAWAN 23 Ogos - Sebuah gudang menempatkan sarung tangan getah yangtelah siap diproses musnah dalam satu kebakaran di Kampung Acheh, dekatsini, semalam, mengakibatkan kerugian kira-kira RM50 juta.

Projek Cari bantu 286,126 orang miskin
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Projek Cari yang dilancarkan dua tahun laluberjaya mengesan sebanyak 286,126 golongan miskin yang layak menerimabantuan setakat Ogos tahun ini.

Inap desa jana RM4.8j
RAUB 23 Ogos - Industri inap desa menunjukkan potensi menggalakkandalam sektor pelancongan apabila menjana pendapatan sebanyak RM4.8 jutadalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Pengguna serbu lori gula
KUALAKANGSAR 23 Ogos – Hanya dalam masa 90 minit, 2,000 kilogram gula pasirhabis dijual! Itu senario yang berlaku apabila para pengguna menyerbusebuah lori yang membawa gula pasir berhampiran tapak pasar tani LembahSungai Perak di sini pagi ini.

Jalan TAR sinonim berbelanja raya
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri,kawasan yang sinonim warga kota untuk membeli keperluan bagi menyambutSyawal adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Chow Kit dan kawasandi sekitar Masjid India.


Ibu ingin jumpa anak setelah 33 tahun terpisah
SEREMBAN 23 Ogos - Seorang ibu dari Jelebu berharap untuk bertemusemula dengan anak lelakinya setelah lebih 33 tahun berpisah akibattekanan hidup.

Bayi maut kereta bapa terbabas
MUAR 23 Ogos - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan terbunuh selepaskereta dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 149Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, di sini semalam.

Maut dalam perjalanan lihat rakan mati kemalangan
KLANG 23 Ogos - Seorang pekerja bengkel yang dalam perjalanan untukmelihat satu kemalangan melibatkan rakannya, maut setelah keretanyapula terbabit dalam kemalangan lain di Persiaran Hamzah Alang, menghalake Meru awal pagi ini.

Kerajaan Selangor terus dibidas
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terusdibidas kerana sanggup membelakangkan Perlembagaan dalam isu pembinaankuil di negeri itu.

Felcra sedia bekal getah industri pemotoran dunia
PADANGBESAR 23 Ogos - Felcra Berhad sedia membekalkan getah asli, bahanmentah berasaskan getah dan produk siap hasil komoditi tersebut untukindustri pemotoran dunia pada bila-bila masa sahaja.


Kampung Jabi dilanda banjir
POKOKSENA 23 Ogos - Disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna, lebih10 buah rumah di Kampung Jabi di sini dinaiki air sehingga ke paraslutut setelah hujan tidak berhenti-henti sejak semalam.

Kobera tangani masalah miskin tegar
BUKITMERTAJAM 23 Ogos - Sebanyak 148 Koperasi Bela Rakyat (Kobera) telahdidaftarkan di seluruh negara manakala 180 lagi dalam proses permohonansejak ia ditubuhkan tahun lalu.


Aritmetik minda bantu cerdaskan otak
KUALALUMPUR 23 Ogos - Satu penyelidikan di China mendapati kaedah aritmetikminda dapat membantu pembangunan dan perkembangan otak kanak-kanak.


8 wakil ke pertandingan melukis antarabangsa
KUALALUMPUR 23 Ogos - Lapan pemenang Pertandingan Melukis dan MewarnaKebangsaan anjuran Global Art & Creative Sdn. Bhd. hari ini akanmewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa di Singapurapada November ini.

Tiada pencemaran minyak
SEREMBAN23 Ogos - Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mengesahkan tiada sebarangpencemaran minyak berlaku di perairan Port Dickson berikutan insidenpelanggaran kapal MT Formosa Product Brick dari Liberia dengan sebuahkapal kargo dari Britain, Selasa lalu.

Jaga dibunuh kejam 3 penjenayah
KLANG 23 Ogos - Nasibnya mungkin berbeza jika dia tidak melawan! Namunkerana tanggungjawab, dia sanggup bergelut dengan penjenayah wargaasing yang memecah masuk kilang kitar semula pakaian tempat dia bekerjaawal pagi ini.

Sungai Melaka ibarat Venice of The East
MELAKA 23 Ogos - Melangkah kaki pada waktu malam ke Taman Rempah Melakadi sini, membuatkan pengunjung hanya terfikir untuk menyusuri SungaiMelaka menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise bagi melihatkeindahan lampu-lampu yang menerangi malam.









3 jadi konsortium: PM
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga agensi pertanian terbesarnegara, Felda, Felcra dan Risda bergabung mewujudkan konsortium bagimenjalankan pelbagai kegiatan ekonomi secara perkongsian, sekali gusmeningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil.

Ummah boleh capai lebih banyak kejayaan jika bersatu
PEKAN:Umat Islam mampu mencapai lebih banyak kejayaan apabila bersatu padudan mengamalkan lebih permuafakatan kerana ia adalah inti pati danfalsafah penting dalam membina tamadun Islam yang gemilang, kata DatukSeri Najib Razak.

Korban H1N1 kekal 68 sejak tiga hari lalu
KUALALUMPUR: Tiada kematian akibat wabak selesema babi atau Influenza A(H1N1) didaftarkan sepanjang tiga hari lalu, menjadikan angka korbankekal 68 orang, bagaimana seramai 272 daripada 1,476 pesakit yangmenerima rawatan di 102 hospital disahkan positif dijangkiti virusberkenaan.

Wanita mati dijerut riben depan chalet
KOTA TINGGI: Mayat seorang wanita ditemui terjerut dengan tali riben dilehernya, di depan sebuah chalet di Punggai, Teluk Ramunia di sini,pagi Jumaat lalu.

Jaga maut bergelut tiga perompak
KLANG: Leher dijerut dengan wayar, ditikam di perut dan dikelar di muka,itulah harga kesetiaan seorang pengawal keselamatan yang rela bergelutdengan dengan tiga warga asing yang cuba merompak kilang kitar semulapakaian di Jalan Perajurit, Teluk Gong, di sini, yang dikawalnya.

Lelaki mahu bantu rakan nahas maut
KLANG:Seorang pekerja bengkel yang tergesa-gesa ke satu lokasi kemalanganyang meragut nyawa rakannya, maut apabila kereta Proton Iswara yangdipandunya bertembung dengan sebuah kereta Hyundai di Persiaran Hamzahmenghala ke Meru, awal pagi semalam.

Bayi terbunuh kereta terbabas
MUAR:Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tiga bulan maut, manakala ibubapa dan kakaknya yang berusia empat tahun parah selepas kereta PeroduaKelisa yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke tepi parit dalamkejadian di Kilometer 147.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiranPlaza Tol Pagoh menghala ke selatan, dekat sini, kelmarin.

Remaja putus jari tersepit mesin tebu masih fobia
PASIRMAS: Seorang pelajar yang kehilangan empat jari kanan akibat tersepitpada mesin tebu ketika berniaga sempena Ramadan tahun lalu, kini masihfobia setiap kali melihat peralatan terbabit.

50 anak yatim dirai berbuka, naik buaian pusing
MELAKA:Seramai 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Pegoh, TelukMas dekat sini, diraikan pada majlis berbuka puasa oleh Eye On MalaysiaSdn Bhd dan Hotel Straits Meridian yang julung kali mengadakan majlisseumpama itu, semalam.

Warga emas tinggal di stor ke rumah orang tua
KUCHING:Seorang warga emas sebatang kara yang hidup miskin, Hamsiya Dile, 78,yang menumpang berteduh di sebuah stor penduduk kampung di KampungLintang, Petra Jaya dekat sini, mungkin akan ditempatkan di rumah orangtua di kilometer 19 dekat sini, bagi memastikan kebajikannya lebihterjamin.

Struktur bangunan abad ketiga ditemui
SUNGAIPETANI: Kumpulan penyelidik arkeologi Pusat Penyelidikan ArkeologiGlobal (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang berjayamenemui bukti lebih lengkap mengenai rupa bentuk struktur bangunan dantempat peleburan besi pada abad ketiga di tapak ekskavasi di kawasanSungai Batu, Merbok dekat sini.

Atasi kemiskinan agenda utama Perak
SERIMANJUNG: Kerajaan negeri menjadikan isu pembasmian kemiskinan sebagaiagenda utama untuk diberi perhatian dan ditangani segera denganmengenal pasti bilangan terbaru dan sebenar golongan berkenaan dinegeri ini.

Anak kucing menyerupai tupai
BALING:Seorang warga emas dari Kampung Besah Tok Limbung, Tawar, dekat siniterkejut apabila mendapati tiga daripada enam anak kucing yangdilahirkan haiwan peliharaannya menyerupai anak tupai.
0 Komentar untuk "NASIONAL : ISNIN 24 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI