GLOBAL : ISNIN 24 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : ISNIN 24 OGOS 2009

Jong-il serah mesej
SEOUL 23 Ogos - Satu delegasi Korea Utara menyampaikan mesej daripadapemimpin mereka, Kim Jong-il semasa pertemuan mereka dengan PresidenKorea Selatan, Lee Myung-bak hari ini.


Kebakaran semakin merebak
ATHENS 23 Ogos - Kebakaran hutan di ibu negara Greece ini, yang kinisemakin tidak terkawal telah merebak ke kawasan kediaman di pinggirutara Athens awal hari ini, memusnahkan berpuluh-puluh buah rumah danmemaksa beribu-ribu penduduk dipindahkan.


RAMADAN MERIAH
Hari ini masuk hari ketiga umat Islam menunaikan puasa sempena bulanRamadan. Di sesetengah negara, penduduk Islam telah memulakan puasaRamadan sehari lebih awal.

Karzai guna jentera kerajaan?
KABUL23 Ogos - Pencabar utama Presiden Hamid Karzai menuduh beliaumenggunakan jentera kerajaan untuk 'memanipulasi' pilihan raya Presidenpada Khamis lalu.


Taufan Morakot: 160 lagi disah mati
TAIPEI 23 Ogos - Angka kematian Taufan Morakot di Taiwan kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 650 orang hari ini.

Beribu-ribu rakyat Venezuela adakan demonstrasi
CARACAS 23 Ogos - Beribu-ribu rakyat Venezuela menyertai demonstrasiberasingan di sini semalam untuk menyokong atau membantah undang-undangkontroversi mengenai pendidikan yang didakwa oleh pengkritikmengukuhkan cengkaman Presiden Hugo Chavez ke atas sekolah danuniversiti di negara ini.

Iraq: Lebih banyak serangan berani mati
BAGHDAD 23 Ogos - Menteri Luar, Hoshyar Zebari berkata, Iraq akanmenyaksikan lebih banyak lagi serangan berani mati dalam tempohbeberapa bulan akan datang ekoran tentera keselamatan berpakat denganpemberontak.

Lebih 100 pemberontak dibunuh di Yemen
SANAA 23 Ogos - Tentera kerajaan Yemen melaporkan lebih 100 pemberontaktermasuk dua pemimpin Syiah terbunuh dalam pertempuran hari ini,apabila konflik bersenjata di utara negara ini semakin sengit, dua hariselepas kerajaan menggesa pemberontak menerima gencatan senjata.

Pengumuman Taliban hanya helah
ISLAMABAD 23 Ogos - Pengumuman Taliban Pakistan bahawa mereka telahmemilih seorang pemimpin bagi menggantikan Baitullah Mehsud dilihatoleh pegawai perisikan hari ini sebagai helah untuk menyatukanpergerakan tersebut yang kini kucar-kacir tanpa ketua sejak hampir tigaminggu lalu.

Pameran koleksi Jacko diterus
LOSANGELES 23 Ogos - Mahkamah telah memberi kebenaran kepada penganjuruntuk mengadakan pameran koleksi memorabilia milik Michael Jackson,walaupun ditentang oleh ibu penyanyi itu, Katherine Jackson.

Scotland bidas balik FBI
LONDON 23 Ogos - Scotland semalam membidas balik kritikan Biro SiasatanPersekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung pembebasan 'pengebom'Lockerbie, sementara kerajaan Britain turut mengalami tekanan untukmenjelaskan peranannya.


Ratu Cantik Amerika Latin, Asia jadi pilihan
NASSAU, Bhamas 23 Ogos – Ratu cantik dari Amerika Latin dan Asia menjadi pilihan pada pertandingan Miss Universe, kali ini.


Wanita Palestin hasilkan ketayap Yahudi
DEIR ABU MESHAL, Tebing Barat 23 Ogos - Wanita Palestin mengait ketayapYahudi yang dikenali sebagai 'kippah' adalah antara kegiatan industriringan paling aneh yang boleh ditemui di Tebing Barat.







Kebakaran buat Athens isytihar darurat
ATHENS: Kebakaran di utara Athens awal semalam memusnahkan beratus-ratus rumah dan memaksa beribu-ribu penduduk dipindahkan.

WHO gesa pertingkat persediaan hadapi H1N1
BEIJING:Kes selesema babi global mengancam lebih banyak nyawa kerana ia akantersebar dengan lebih pantas dalam tempoh beberapa bulan lagi dan pihakberkuasa di seluruh dunia perlu meningkatkan persediaan terhadappenyebaran virus H1N1, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ratu Indonesia calon pilihan 'Miss Universe'
NASSAU:Ratu dari negara Asia dan Amerika Latin muncul sebagai calon pilihanuntuk menang menjelang pertandingan Ratu Universe yang bakal diadakandi sini.

Puasa selama 16 jam di Perancis
PARIS:Masyarakat Islam di Perancis menghadapi cabaran hebat tahun ini keranaperlu berpuasa hampir 16 jam setiap hari pada Ramadan kali ini keranawaktu siang lebih panjang.

Jakarta larang serbuan sesuka hati
JAKARTA: Pihak berkuasa ibu negara Indonesia memberi amaran kepada organisasipersendirian supaya tidak menyerang kelab malam dan perniagaankontroversi lain ketika Ramadan.

Gadai emas bantu bajet iftar
JAKARTA: Pemilik kedai pajak gadai di seluruh Indonesia mula merasai kesibukandengan pelanggan mahu menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wangyang tidak seberapa bagi membiayai perbelanjaan sepanjang Ramadan

Related Post

  • GLOBAL : SABTU 22 OGOS 2009Pengebom pesawat Lockerbie disanjung TRIPOLI: Pengebom yang didapati bersalah melakukan letupan pesawat di Lo…
  • GLOBAL : SELASA 25 OGOS 2009Tiada komplot serang ObamaJAKARTA 24 Ogos - Polis Indonesia menolak laporan media yang mendakwapuak pelampau merancang u…
  • GLOBAL : JUMAAT 21 OGOS 2009H1N1: Jemaah kurangRIYADH 20 Ogos - Bilangan kes jangkitan dan kematian yang semakinmeningkat akibat selesema babi di se…
  • GLOBAL : ISNIN 24 OGOS 2009Jong-il serah mesejSEOUL 23 Ogos - Satu delegasi Korea Utara menyampaikan mesej daripadapemimpin mereka, Kim Jong-il sem…
  • GLOBAL : AHAD 23 OGOS 2009WHO seru derma vaksin H1N1BEIJING 22 Ogos - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pengeluarubat-ubatan agar menderm…
0 Komentar untuk "GLOBAL : ISNIN 24 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI