Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
BAYANGKAN pendapatan RM30,000 sebulan! Itulah diraih seorang usahawan tani dari Kuala Kedah, dekat Alor Star yang berpegang kuat kepada kata-kata azimat � berbudi kepada tanah, lambat laun akan mendapat hasilnya.
Usia mencecah 64 tahun tidak menghalang Hamid Ismail untuk terus menabur budi kepada tanah dan menuai hasilnya. Tetapi semuanya itu tidak mudah dilakukan kecuali usaha keras meskipun dek berjemur di bawah panas terik matahari.
Beliau mempelbagai kegiatan pertanian yang menguntungkan. Hasil usaha kerasnya menternak ikan, menanam padi, pisang dan getah kini dia mampu tersenyum apabila pendapatan mencecah RM30,000 sebulan.
Usaha gigih dan keberanian mengusahakan projek tanaman padi seluas 3.2 hektar, pisang (0.63 hektar) dan getah (1.5 hektar), selain terbabit dengan projek ternakan ikan siakap dan keli akhirnya membawa kesenangan kepada keluarganya.
Hamid berkata, separuh daripada usianya dihabiskan bertani termasuk bergelumang dengan selut dan terik matahari selain berkawan dengan lintah dan pacat sebelum berjaya menempa nama sebagai Peladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Kedah, sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri, baru-baru ini.
Menariknya, bapa kepada lapan anak ini juga berjaya menyemai minat semua anaknya menceburi secara serius dalam bidang pertanian selain meluaskan empayar perniagaan dalam sektor automotif dan jahitan.
Beliau yang mula menceburi bidang pertanian sejak berusia 18 tahun menjelaskan, bidang pertanian terutama pengeluaran padi menjanjikan keuntungan lumayan jika diterokai secara serius.
"Dengan peninggalan tanah pusaka bapa seluas hampir tiga hektar, saya usahakan sendiri secara berperingkat. Hasil sulung padi itu saya gunakan untuk modal membeli benih padi.
"Pertanian dulu dan sekarang jauh berubah, dengan teknologi terkini selain pengeluaran baka benih padi berkualiti, kos pengeluaran padi juga dapat diminimumkan," katanya.
Beliau berkata, pada masa ini industri pengeluaran padi negara disuntik arus perubahan termasuk dari aspek sistem penanaman secara sara diri, kini beralih kepada pengeluaran secara komersial.
"Cabaran utama adalah berdepan dengan faktor cuaca dan serangan serangga perosak.
Sekitar 1990-an pernah tanaman padi saya tidak menjadi apabila diserang makhluk perosak termasuk siput gondang dan tikus," katanya.
Beliau berkata, cuaca tidak menentu termasuk hujan lebat serta kemarau panjang juga menyebabkan benih ditabur pada petak sawah tidak menjadi selain mati sebelum sempat berbunga.
"Benih padi daripada jenis MR219 dan MR220 hasil keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menjadi pilihan kerana selain sesuai dengan tanah dan iklim di negara ini, ia mudah dijaga.
"Kedua-dua jenis padi ini ditabur dalam petak sawah secara berasingan kerana ciri fizikal kedua-dua jenis pokok padi itu berbeza," katanya.
Beliau berkata, kebiasaannya padi jenis MR220 tumbuh lebih rendah berbanding jenis MR219 selain akarnya lebih kuat.
Katanya, setiap musim dia mampu mendapat 21 tan padi dengan pendapatan lebih RM18,000.
Bagi mempelbagaikan pendapatan, dia turut mengusahakan ternakan ikan siakap dan keli selain memiliki tiga bot menangkap ikan, serta tanaman pisang dan getah.
Malah, usahanya tidak terhenti setakat itu kerana beliau bercadang mengusahakan kolam memancing pada masa akan datang.
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Perhimpunan: 14 Individu Dibebaskan Dengan Jaminan Polis http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_berita/20130616123945&sec=mstar_berita KUALA LU…
Pembangkang Pilih Lajim Sebagai Ketua Pembangkang Negeri http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_berita/20130615214340&sec=mstar_berita Lajim Ukin. …
Operasi Mencari Di Kawasan Runtuhan Penebat Kilat Diteruskan http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_berita/20130616121349&sec=mstar_berita GEORGE T…
Polis Sahkan Serpihan Ditemui Sepadan Kereta Milik Penjual Nasi http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_berita/20130616000437&sec=mstar_berita GEORGE T…
Kerajaan Kedah Tanggung Belanja Insaniah Holdings Sdn Bhd http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_berita/20130616190003&sec=mstar_berita SINTOK:&…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Tekno Tani: Peladang Jaya peroleh RM30,000 sebulan"