WASHINGTON: Wakil bekas Ketua Hakim Pakistan, Iftikhar Muhammad Chaudhry, menuduh Amerika Syarikat berpakat untuk memusnahkan negaranya serta menggesa Washington memutuskan hubungan dengan Presiden Pervez Musharraf.
"Tidak syak lagi, Amerika memberi lesen untuk memusnahkan Pakistan. Malah, segala kekalutan yang berlaku itu di bawah naungan Rumah Putih," dakwa Mohamed Akram, peguam yang rapat dengan Chaudhry.
Musharraf menguatkuasakan perintah darurat di Pakistan pada 3 November lalu atas alasan peningkatan keganasan oleh pihak ekstremis dan tindakan mahkamah mencampuri urusan pentadbiran.
"Biarpun segala tindakan Musharraf dikecam, kenyataan rasmi oleh Jabatan Negara dan Pentagon tetap merujuknya sebagai sekutu penting Amerika. Bush terbukti sekutu yang amat setia dan akur dengan Jeneral Musharraf," katanya pada sidang media di Washington, semalam.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 20,000 peguam ditahan atau dikenakan tahanan rumah sejak perintah darurat itu diisytiharkan. Malah ada yang turut didera pihak berkuasa.
"Sehubungan itu, saya ingin membuat rayuan kepada kerajaan Amerika supaya tidak lagi menyokong Musharraf sebaliknya memulakan usaha rundingan dengan institusi rasmi Pakistan. Saya amat mengharapkan kerjasama itu daripada negara yang bebas dan merdeka.
"Tindakan Amerika yang cuma sekadar memotong pemberian bantuan, bukanlah penyelesaian. Tetapi menyisihkan Musharraf adalah caranya."
Akram turut menyifatkan sebarang pilihan raya ketika berlangsungnya perintah darurat sebagai 'sesuatu yang mengaibkan' dan meramalkan Musharraf tidak dapat menguasai negara itu lebih daripada dua bulan.
Di Rawalpindi, Musharraf berkata, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Panglima Tentera pada akhir bulan ini untuk kembali menerajui negara sebagai orang awam, tetapi menolak tekanan Amerika supaya segera menamatkan perintah darurat.
Dalam wawancara dengan agensi berita Associated Press, Musharraf turut menolak tuntutan pemimpin pembangkang, Benazir Bhutto yang kini dikenakan tahanan rumah, supaya beliau berundur terus daripada politik.
Musharraf yang mengenakan kot dan bukannya pakaian rasmi tentera, menegaskan ancaman berterusan kumpulan militan adalah alasan yang memaksanya untuk terus memerintah negara bergolak itu.
Beliau, bagaimanapun, tidak menolak untuk bekerjasama dengan Benazir jika beliau memenangi pilihan raya Januari depan.
"Semua keputusan saya adalah demi kepentingan Pakistan dan saya tidak menerima kata dua daripada sesiapa pun," tegasnya.
Amerika dan sekutu Baratnya yang lain mendesak Musharraf melepaskan jawatan tenteranya dan menamatkan perintah darurat itu yang disifatkan boleh mengancam kesahihan pilihan raya yang bertujuan mengakhiri pemerintahan tentera secara langsung sejak lapan tahun lalu.
Malah, Komanwel dan negara bekas jajahannya sudah mengugut untuk menggantung Pakistan selagi ia enggan membatalkan perintah darurat 22 November ini.
Washington mahukan Musharraf berkongsi kuasa dengan pemimpin sederhana lain dalam usaha menyingkirkan pengaruh ekstremis proTaliban dan al-Qaeda yang menguasai sebahagian besar kawasan berhampiran sempadan Afghanistan. � AP
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2014 UNVEALS ITS COMPLETE LINE-UP THAT IS SET TO TAKE OVER MALAYSIA IN FULL FORCE KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of…
KJ jawab Tok Moh isu tampar 'kokedai' SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" mahu menampar R…
Music fest set to break more records next year THE Future Music Festival Asia will return in March next year, expecting to break further records when it is set …
Enam maut, tiga kritikal di festival muzik KUALA LUMPUR - Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas,…
Laluan mudah untuk Kak Wan ambil alih Kajang DALAM politik tiada yang mustahil. Kedua calon bisa membuat kejutan dalam PRK Dun Kajang apabila keputusan diumumkan …
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Peguam tuduh AS cuba hancurkan Pakistan"