YANGON: Pemimpin prodemokrasi yang ditahan, Aung San Suu Kyi semalam bertemu dengan seorang pegawai pemerintah junta Myanmar, satu sesi yang dijangka memberi laluan bagi perjumpaan pertama beliau dalam tempoh tiga tahun dengan pemimpin parti pembangkangnya, kata seorang diplomat.
Suu Kyi yang berada dalam tahanan kediaman selama 12 tahun sejak 18 tahun lalu dibawa dari rumahnya yang dikawal dengan sebuah kereta bercermin gelap ke sebuah rumah tetamu kerajaan berhampiran.
Seorang diplomat Asia yang enggan dikenali berkata, Suu Kyi bertemu dengan pegawai junta, Aung Kyi.
Aung Kyi dilantik sebagai Menteri Perhubungan dengan Suu Kyi bulan lalu berikutan kritikan antarabangsa terhadap tindakan tegas kerajaan yang dikenakan kepada penunjuk perasaan prodemokrasi.
Perkembangan itu berlaku sehari selepas wakil PBB ke Myanmar, Ibrahim Gambari menamatkan misi enam hari untuk membuka laluan rundingan antara rejim tentera dan pemimpin prodemokrasi itu. Beliau bertemu Suu Kyi selama sejam kelmarin dan menyiarkan satu kenyataan mewakili wanita itu selepas meninggalkan negara berkenaan.
“Demi kepentingan negara, saya bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menjadikan proses dialog ini berjaya,” kata Suu Kyi dalam kenyataan beliau yang dibacakan Gambari kelmarin di Singapura.
Selepas kepulangan Gambari, junta tanpa dijangka mengumumkan menerusi berita bahawa Suu Kyi akan bertemu dengan pegawai partinya Liga Kebangsaan Demokrasi. – AP
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin




0 Komentar untuk "Suu Kyi semuka pegawai junta"