Arab Saudi anggap jejaskan kalimah al-Quran
MAKKAH: Majlis Perundangan Islam Arab Saudi mengharamkan penggunaan ayat suci al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia menjejaskan kesucian kalimah kitab suci Islam berkenaan, lapor Saudi Press Agency yang dipetik Arab News, semalam.
"Tindakan menjadikannya sebagai nada dering terbukti satu penghinaan ayat suci itu dengan menghentikannya secara tiba-tiba di tengah bacaan atau mengabaikan bacaan.
"Ia berbeza dengan merakamkan ayat dari kitab suci Quran dalam telefon dengan niat untuk membaca dan mendengarnya ialah satu perbuatan murni," kata cendikiawan dan ulama yang menghadiri majlis itu dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi Saudi Press Agency dan dipetik Arab News, semalam.
Mesyuarat enam hari Majlis itu berlangsung di Makkah pada 3 November lalu. Ia dipengerusikan Mufti Besar Abdul Aziz Al-Asheikh dan dihadiri kira-kira 70 ulama Islam yang membincangkan pelbagai isu penting membabitkan umat Islam hari ini.
Mesyuarat itu dirasmikan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal.
Selain isu nada dering, Majlis Perundangan itu turut membenarkan umat Islam menentukan jantina janin mengikut kepentingan perubatan, termasuk dalam usaha mengenal pasti penyakit yang disyaki boleh menjejaskan bayi lelaki dan bukan bayi perempuan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, sebarang keputusan akhirnya mengenainya berdasarkan pandangan tiga doktor bagi mengesahkan keperluan itu mengikut prosedur perubatan.
Majlis itu juga meluluskan kaedah memusnahkan ovari yang boleh menyebabkan kecacatan bayi. Namun ia menegaskan perbuatan untuk cuba mengawal jantina seseorang bayi adalah dilarang sama sekali.
Dalam mesyuarat itu juga majlis menggalakkan penduduk Islam di negara Barat menyertai pilihan raya di negara bukan Islam dan memainkan peranan penting terutama sekiranya pilihan raya itu memberikan kebaikan kepada masyarakat dan melarang perbuatan jahat di kalangan masyarakat.
Katanya, dengan cara itu hanyalah satu-satunya cara penduduk Islam di luar negara itu menjamin hak mereka.
Selain itu mereka juga menggalakkan penduduk Islam di negara Barat bercampur dengan masyarakat Barat tetapi berhati-hati terhadap mereka supaya tidak menerima sikap Barat yang bertentangan dengan prinsip Islam.
Mereka yang hadir membentangkan kertas kerja termasuk imam Masjidilharam, Sheikh Muhammad ibn Abdullah Al-Subeyel. Dalam sesi rumusan, Majlis Perundangan Islam itu menggalakkan dialog dengan bukan Islam yang disokong dengan program media adalah penting dalam usaha untuk mengatasi kempen anti Islam.
Majlis berkenaan juga menggesa penduduk Pakistan dan Palestin bersatu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di negara mereka. - Agensi
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
Tular sebuah video seorang penceramah yang dikenali dengan nama Ustaz Wadi Annuar mengenai kisah menara yang dibina setinggi 15 kilometer (k...
-
Khairy Jamaluddin, selaku Ketua Pemuda Umno, berkata BN pertahankan generasi muda tetapi PKR pertahan individu. - Gambar The Malaysian In...
-
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, Kelantan semalam....
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
PETALING JAYA: Kakitangan Sarawak Report tidak boleh diekstradisi ke Malaysia kerana mereka tidak melakukan apa-apa jenayah di United Ki...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah kesal dengan sikap kerajaan tempatan yang di...
-
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu ...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
SHAH ALAM - Kerajaan memang menyedari bahawa peningkatan jenayah kejam pada masa ini ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO)....
-
Selepas berlaku pertengkaran di antara DAP dan PKR berhubung siapa yang seharusnya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana ...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin




0 Komentar untuk "Nada dering ayat suci diharamkan"