PSM Masih Ragu-Ragu Sertai Pakatan Harapan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PSM Masih Ragu-Ragu Sertai Pakatan Harapan

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih tidak pasti sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan, walaupun gabungan pembangkang yang baharu diwujudkan itu mengalu-alukan parti lain untuk menyertai mereka.

Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan berkata mereka tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan bagi mengelak daripada berulangnya pengalaman sebelumnya.

"Kita tidak mahu menunggu dan menunggu (untuk menyertai mereka) seperti yang kita lakukan sebelum ini.

"Jika kita dijemput ke meja perbincangan, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Beliau mengulangi bahawa kedudukan PSM adalah untuk mengelakkan persaingan dengan parti-parti pembangkang semasa pilihan raya kerana mereka berkongsi matlamat yang sama dalam menentang Barisan Nasional.

"Kedudukan parti ini sentiasa untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Tetapi seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum lepas, yang berlaku tidak seperti itu," kata Arutchelvan.

Arutchelvan berkata sebarang kerjasama harus sama-sama memberi manfaat kepada parti sosialis itu.

"Jika saling menghormati, di mana ada persetujuan bahawa PSM boleh bertanding satu lawan satu menentang BN di beberapa kerusi, maka kita berminat untuk berbincang," katanya.

Arutchelvan juga ragu-ragu mengenai prospek pakatan pembangkang baharu, dengan mengatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.

"Apa bezanya Pakatan baharu dengan yang lama? Cara Pakatan tumbang sangat malang, jadi apa jaminan yang mereka boleh beri bahawa ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembentukan pakatan baharu pada Selasa, yang akan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara buat masa ini.

Katanya, PAS dan parti-parti lain yang mempunyai sama matlamat dengan pembangkang juga dialu-alukan untuk menyertai gabungan itu.

Wan Azizah juga mengumumkan bahawa gabungan itu telah bersetuju untuk menamakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya akan datang.

0 Komentar untuk "PSM Masih Ragu-Ragu Sertai Pakatan Harapan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI