KOTA BARU: PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.
"Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami telah mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di sini, Isnin.
Dalam kejadian kebakaran Ahad malam itu, tiga buah rumah papan dan dua buah motosikal serta dua buah kereta musnah.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.
"Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya.
Mohd Amar berkata PAS juga bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika keadaan memaksa.
"PAS ada pengalaman bersendirian ... soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah," katanya.
Beliau berkata PAS juga akan tetap memperjuangkan kerusinya walaupun berkemungkinan berdepan dengan pertarungan tiga atau empat penjuru jika Amanah turut bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, katanya, wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti dan melanggar bai'ah disaran meletakkan jawatan bagi menyelamatkan diri daripada hukuman Allah.
"Bai'ah menggunakan nama Allah dan bukan perkara main-main... sebab itu kami minta supaya mereka menyelamatkan diri mereka dengan letak jawatan.
"Kalau mereka berdegil kami tidak boleh berbuat apa-apa sebab kami tiada kuasa, tapi jika berlaku apa-apa nanti kena tanggung sendirilah," katanya.

0 Komentar untuk "PAS Ulang Pendirian Tolak DAP, Amanah"