Cara Malaysia Kendali Kes 1MDB Diperhatikan - Zeti - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Cara Malaysia Kendali Kes 1MDB Diperhatikan - Zeti

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan antarabangsa sedang memerhati cara Malaysia mengendalikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata terdapat peraturan dan undang-undang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti keganasan; dan isu tersebut dipantau oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan.

Beliau berkata rakyat berhak untuk mendapatkan beberapa jawapan mengenai isu tersebut.

Menjawab soalan dalam forum sama ada isu dalam negara, khususnya skandal 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit, Zeti berkata masyakarat antarabangsa telah menilai sistem kewangan Malaysia dan ia lulus ujian tersebut.

"Namun, mereka mahu melihat tindakan penguatkuasaan susulan.

"Mereka akan datang dan melihat sama ada kita mematuhi standard yang ditetapkan.

"Ini adalah masa dan zaman di mana tiada siapa boleh bersembunyi... mereka akan mengesan sebarang aktiviti salah laku," katanya semasa sesi pada Forum Perkembangan Terkini Ekonomi Malaysia 2015 di sini Isnin.

Zeti berkata pasukan petugas tersebut telah menetapkan piawaian dan menekankan standard yang terus diperkukuhkan sepanjang tahun sejak kebelakangan ini.

Bank Negara adalah salah satu daripada tiga agensi yang menyiasat aliran tunai 1MDB berikutan masalah hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

Baru-baru ini, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sejumlah wang yang dibayar 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) tidak dapat dikesan.

Zeti berkata Bank Negara telah menyelesaikan siasatan berkaitan urusan kewangan 1MDB dan sudah menyerahkan laporan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara.

"Orang ramai mahukan beberapa jawapan dan mereka berhak untuk tahu," katanya.

0 Komentar untuk "Cara Malaysia Kendali Kes 1MDB Diperhatikan - Zeti"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI