PAS Pusat Tolak Sidang Meja Bulat, DAP & Amanah – Tuan Ibrahim - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS Pusat Tolak Sidang Meja Bulat, DAP & Amanah – Tuan Ibrahim

PETALING JAYA:  PAS Pusat menegaskan bahawa parti itu berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) dan keputusan untuk tidak menghadiri sidang meja bulat yang diadakan rakan sekutunya pada Selasa juga kekal.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi ini bertentangan dengan tindakan Datuk Mahfuz Omar yang hadir pada sidang meja bulat berkenaan.

“PAS menghargai jemputan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya.

"Bagaimanapun, PKR masih rakan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat," kata Tuan Ibrahim menerusi kenyataan, Selasa.

Menurutnya lagi, PAS akan terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutama isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Beliau berkata, parti Islam itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkuatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya.

0 Komentar untuk "PAS Pusat Tolak Sidang Meja Bulat, DAP & Amanah – Tuan Ibrahim"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI