Kenapa Nik Abduh tidak banyak bercakap - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kenapa Nik Abduh tidak banyak bercakap

Dia: Mengapa ustaz banyak menulis, kurang berucap?

Saya: Saya ada 10 jari. Lidah satu je.

Dia: Di Parlimen pun ustaz kurang bercakap?

Saya: Saya mahu dikenali sebagai kurang bercakap. Pemimpin yang banyak mendengar lebih berkesan berbanding pemimpin yang banyak bercakap.

Dia: Jadi ustaz tak kisah FBkers marah ustaz kurang bercakap?

Saya: Mereka semua motivator saya. Tanpa mereka, saya hilang tajam sengat di jari.

Dia: Apa tujuan ustaz menulis?

Saya: Saya niat buang sampah dan duri di atas jalan raya maya.

Dia: Itu je?

Saya: Tu pun dah tak larat. Banyak otak bocor pijak duri di alam maya. Jenuh saya sapu duri (fitnah). Tampal otak bocor pun kadang-kadang saya buat, part time.

Dia: Ramai yang hentam ustaz!

Saya: Politician sometimes loves trouble! haha..

Dia: Mengapa?

Saya: Tanya la GHB kiki..

Dia: Ustaz boleh sabar dengan kata-kata kesat mereka ya?

Saya: Mereka lagi sabar baca tulisan saya. Mereka tak 'left group' la..

Dia: Mengapa ustaz tak 'block' je mereka? Saya pun naik darah!

Saya: Tu cara saya berterima kasih kepada mereka kerana baca setiap entry saya. Bukan senang nak dapat likers tegar macam mereka.

Dia: Apa ustaz fikir tentang mereka?

Saya: Mereka tak kenal saya. Kalau kenal, mereka akan setuju saya adalah kawan yang berguna. Boleh jadi, ada yang akan jadi pendukung saya yang ekstrim!

Dia: Harapan ustaz buat semua rakan-rakan di FB dan Pages?

Saya: Tekuni tulisan saya. Ia sesuai untuk Malaysia tercinta.

0 Komentar untuk "Kenapa Nik Abduh tidak banyak bercakap"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI