ALOR SETAR - Harapan Baru bukan ancaman kepada Pas biarpun gerakan itu dibarisi bekas pimpinan Pas dan memiliki pengaruhnya yang tersendiri.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, walaupun Pas berdepan dengan bekas pemimpin parti itu yang disifatkan bukan calang-calang orang termasuk bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, namun situasi itu tidak seperti digambarkan.
“Jika diandaikan ia sebagai ancaman, seolah-olah wujud sahaja gerakan itu, akan pupuslah Pas. Sedangkan selama ini Umno sudah lama berhasrat mahu kuburkan Pas, namun perkara itu tidak berlaku, malah Pas menjadi lebih kuat,” katanya.
Menurutnya, pihaknya yakin Harapan Baru bukan ancaman, sebaliknya sekadar rencah politik tanah air.
“Kita akan memantau secara dekat. Pendirian kita tunggu dan lihat gerakan ini,” katanya.
Ditanya sama ada kehadiran Harapan Baru akan memecahbelahkan undi terhadap Pas pada pilihan raya akan datang, katanya, perkara itu di luar jangkaan.
“Kita belum pasti Harapan Baru akan sertai pilihan raya, adakah benar parti itu akan dibentuk atau ia sekadar gimik sahaja. Dalam politik macam-macam boleh berlaku,” katanya.
Ahmad Fakhruddin berkata, Pas Kedah juga tidak menghalang ahlinya sekiranya berhasrat hadir pada ceramah anjuran gerakan itu.
“Kita tidak boleh halang ahli jika mereka mahu pergi ceramah Harapan Baru, sekadar mendengar tiada salahnya. Saya ingin menasihati ahli supaya bijak dan matang berfikir tentang kebaikan dan keburukan gerakan itu,” katanya.
Tambahnya, biarpun Pas mengamalkan sikap terbuka, namun ahli parti perlu membuat penilaian sewajarnya dan berfikir secara bijaksana.
Terdahulu, Ahmad Fakhruddin meraikan media pada majlis Aidilfitri Pas Kedah bersama media, yang diadakan bersama kepimpinan baharu, malam kelmarin.

0 Komentar untuk "Harapan Baru bukan ancaman kepada Pas"