KUALA LUMPUR: Akibat memutuskan hubungan dengan DAP, PAS disingkirkan daripada pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas berakhirnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS menjadi punca tamatnya kerjasama Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 2008.
"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.
"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri di Parlimen di sini, Rabu.
Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengesahkan bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.
Kata Kit Siang, selepas berkuburnya Pakatan Rakyat, sebuah gabungan pembangkang yang baharu perlu dibentuk bagi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.
"Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.
"Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru, Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses untuk dibentuk," katanya.

0 Komentar untuk "Pakatan Baharu Tanpa PAS - Kit Siang"