DAP Sedia Kerjasama Dengan GHB - Guan Eng - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP Sedia Kerjasama Dengan GHB - Guan Eng

GEORGE TOWN: DAP sedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) berikutan parti baharu itu berbeza dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatankuasa penaja parti baharu itu lebih bersifat progresif dan Islam sederhana yang jauh berbeza dengan perjuangan bekas rakan sekutunya itu.

"Kami (DAP) rasa bahawa kami boleh bekerja dengan kumpulan Muslim progresif dan sederhana memandangkan objektif mereka mahu membina Malaysia yang lebih inklusif," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Isnin lepas, penubuhan GHB yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang diumumkan dan ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. - BERNAMA

0 Komentar untuk "DAP Sedia Kerjasama Dengan GHB - Guan Eng"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI