Demonstrasi Tuntut Penjelasan PM - Pembangkang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Demonstrasi Tuntut Penjelasan PM - Pembangkang

KUALA LUMPUR: Pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan demonstrasi besar-besar dalam masa terdekat bagi menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan beliau.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, demonstrasi itu juga sebagai desakan kepada perdana menteri supaya meletak jawatan atau sekurang-kurangnya bercuti bagi membolehkan isu itu disiasat.

"Saya rasa suara-suara itu kuat sekarang. Dengan mesyuarat hari ini, Perdana Menteri tak boleh lagi menafikan atau berdolah-dalih dalam hal ini.

"Jika beliau berdolak-dalih, demonstrasi akan diadakan secara besar-besaran. Saya tidak nafikan perkara ini akan diadakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tergempar pembangkang dan NGO di padang kawat Parlimen di sini, Selasa.

Loke berkata demonstrasi yang akan melibatkan pelbagai parti politik, NGO, gerakan mahasiswa itu diadakan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Demonstrasi itu bukan demi kepentingan mana-mana parti tapi lebih kepada gerakan rakyat " katanya.

Terdahulu, seramai 100 Ahli Parlimen dan NGO berkumpul di padang kawad Parlimen bagi mesyuarat mengenai pendedahan agensi berita antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan sejumlah besar dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib bagaimanapun telah menafikan penemuan WSJ pada Jumaat, dengan menyatakan bahawa ia adalah muslihat politik oleh lawan-lawannya untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

0 Komentar untuk "Demonstrasi Tuntut Penjelasan PM - Pembangkang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI