KUALA LUMPUR: Belum ada keperluan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti sementara siasatan berkaitan tuduhan pindahan wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke akaun peribadinya berjalan, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, langkah berkenaan hanya boleh diambil sekiranya wujud tuduhan di mahkamah berhuhung kes tersebut.
"Beliau masih belum terbukti melakukan apa-apa kesalahan, perkara tersebut tidak timbul bahawa beliau perlu berehat atau tidak.
"Sebelum ini ada kes ahli politik yang dituduh di mahkamah dan kita minta supaya dia berehat. Ada menteri besar dan ketua menteri pernah diarah berehat.
"Dalam kes ini masih tidak ada apa-apa tuduhan. Jadi buat masa ini tidak ada keperluan (berehat)," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini, Isnin.
Mengulas lanjut Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan meminta semua pihak bertenang sementara menunggu siasatan selesai.
"Saya percaya dan yakin bahawa siasatan sedang dijalankan dan satu pasukan khas telah ditubuhkan yang melibatkan Bank Negara.
"Saya rasa tak perlu kita mendahului siasatan tersebut. Jadi jangan premature dan buat apa-apa kesimpulan.
"Saya juga percaya bila siasatan selesai, mereka akan buat pengumuman kepada awam mengenai hasil siasatan diperolehi," katanya.
Sebelum ini beberapa pimpinan pembangkang mencadangkan sebarang siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan pindahan wang itu akan “membazir masa” jika Najib tidak meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sekurang-kurangnya 'bercuti' sepanjang siasatan sedang berlangsung.
Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata, jika Najib terus memegang jawatannya, masyarakat sukar untuk percaya siasatan itu dijalankan tanpa bimbang dan berat sebelah.
Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana hampir RM2.67 bilion milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Bagaimanapun, 1MDB menegaskan tiada dana dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

0 Komentar untuk "1MDB: PM Tidak Perlu 'Berehat' Sepanjang Siasatan - KJ"