Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan?

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi yang dicipta oleh Malaysiakini: Like Anwar, there must be four witnesses for Najib.

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan sama ada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.

Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
7 Julai 2015

0 Komentar untuk "Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI