PETALING JAYA: Enam akaun bank pihak yang dipercayai terlibat dengan dakwaan penyaluran sejumlah besar dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan.
Menurut kenyataan bersama Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan tersebut, perintah pembekuan bagi enam akaun berkenaan dikeluarkan pada 6 Julai.
"Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua bank bagi membantu siasatan.
"Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.
"Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” kata kenyataan itu pada Selasa.
Pasukan Petugas Khas itu dianggotai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Pada 4 Julai lalu, Gani mengumumkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Najib membabitkan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, pihak berkuasa sudah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan sudah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit.
Gani juga mengesahkan sudah meneliti beberapa dokumen untuk disemak termasuk dokumen yang berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri.
Terdahulu, Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa siasatan kerajaan terhadap 1MDB mendapati wang berjumlah berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi Najib.
Di dalam laporannya, WSJ mendakwa dokumen menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi perdana menteri dalam beberapa deposit berasingan.
Sarawak Report pula mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan.

0 Komentar untuk "Enam Akaun Bank Dibeku"