Sisters in Islam fail semakan kehakiman bantah fatwa Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sisters in Islam fail semakan kehakiman bantah fatwa Selangor

Badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) hari ini memfailkan semakan kehakiman ‎terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat. 


SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dan kerajaan Selangor.


Semakan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10.30 pagi tadi melalui Tetuan ‎Azzat dan Izzat.

 
SIS dalam permohonannya mahu ‎membatalkan pengisytiharan fatwa itu, sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman berkata, pihaknya juga mahu mahkamah mengiktiraf badan bukan kerajaan (NGO) itu terjamin kedudukannya mengikut Perlembagaan.

"SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu ‎dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Fatwa itu digazetkan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bercakap pada sidang media di Petaling Jaya, Ratna berkata pihaknya tidak diberitahu langsung tentang fatwa pengharaman‎ itu.

Sebaliknya, ia hanya disedari melalui laman e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysiaa (Jakim) pada 20 Oktober lalu.

"Kami kecewa ker‎ana tidak diberitahu atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum jawatankuasa fatwa mengisytiharkan SIS sebagai menyeleweng.

"Tidak ada satu pun alasan daripada ‎fatwa mengenainya, malah tidak menjelaskan maksud ‘liberalisme’, ‘pluralisme’, yang bertentangan dengan ‘ajaran Islam dan hukum Syarak’."

Beli‎au menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa badan agama di Malaysia menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator.

Tegasnya, sebarang perbezaan ‎pandangan tentang agama Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa melalui fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Sementara itu, Pemuda PAS dalam satu kenyataan menganggap tindakan SIS mencabar Majlis Fatwa‎ seperti mencabar institusi Raja Melayu serta Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata SIS mengetuai gerakan menyebarkan ajaran Islam songsang kerana berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme.

"Tindakan SIS mencabar fatwa itu ke mahkamah hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan Islam.

"Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat," katanya.


Katanya, kerajaan perlu mencontohi tindakan Majlis Ulama Indonesia yang mengeluarkan memfatwakan haram‎ Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti SIS di Malaysia. 
0 Komentar untuk "Sisters in Islam fail semakan kehakiman bantah fatwa Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI