PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan seorang saksi yang jujur dan berwibawa kerana konsisten dalam setiap keterangannya.
Muhammad Shafee ketika membuat hujahan balas di hadapan panel lima hakim berkata, kejadian liwat benar-benar berlaku tanpa kerelaan seperti yang dikatakan Mohd Saiful apabila diperiksa oleh peguam, mendiang Karpal Singh.
Menurutnya perkataan ‘tanpa kerelaan’ membawa tafsiran tertentu yang perlu diperjelas iaitu perlakuan gangguan seksual di tempat kerja, yang berlaku kerana didominasi tanpa jiwa dan raga.
Muhammad Shafee turut membacakan kenyataan Mohd Saiful yang menceritakan satu persatu bagaimana dia diliwat ketika berhujah di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Menurutnya Mohd Saiful berada dalam keadaan ‘grey area’ (kawasan kelabu) apabila tidak berupaya menolak permintaan majikannya untuk mengadakan hubungan seksual walaupun dia sebenarnya tidak rela.
Hujahnya, Mohd Saiful menyatakan dengan jelas bagaimana mereka melakukan hubungan itu di atas permaidani di tepi katil, dan Anwar memancutkan air maninya ke dubur Mohd Saiful ‘seperti biasa’.
“Mohd Saiful memberi keterangan, bahawa mereka berbual sambil minum kopi segera dan makan karipap selepas selesai melakukan hubungan tersebut yang mana Anwar ada bercerita mengenai pahala dan dosa serta menasihatkannya supaya tidak meninggalkan solat,” katanya.
Katanya, Mohd Saiful juga menunjukkan aksi bagaimana dia diliwat semasa hakim melawat tempat kejadian, yang konsisten dengan keterangan yang diberikan.
“Dalam setiap keterangan Mohd Saiful, terdapat rantaian kejadian yang jelas, terperinci, dan berturutan, dia tidak direka-reka keterangannya di mahkamah,” katanya.
Korum yang bersidang hari keempat untuk mendengar rayuan Ketua Umum PKR mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong,Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sementara itu, Muhammad Shafee turut membalas hujahan pihak pembelaan yang secara keseluruhannya menyatakan bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu konspirasi tertinggi dari peringkat tertinggi untuk menjatuhkan politiknya.
Muhammad Shafee berkata, Anwar turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, malah Tun Dr Mahathir Mohamad, turut sama terlibat.
“Perayu (Anwar) turut mengheret Umno dan media arus perdana sebagai sebahagian daripada konspirasi namun semuanya tidak dibuktikan.
“Seseorang perlu jelaskan dan buktikan mengenai konspirasi politik yang dikatakan itu,” tegasnya.
Perbicaraan disambung Isnin.

0 Komentar untuk "Keterangan Saiful konsisten"