PasMa aktif di Pulau Pinang walau PAS didesak bertindak atas ahli yang terlibat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PasMa aktif di Pulau Pinang walau PAS didesak bertindak atas ahli yang terlibat

Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim semasa temuramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 November, 2014. 

Sementara Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) terus menebarkan sayapnya, dalam masa sama, terdapat tekanan terhadap PAS supaya bertindak atas anggotanya yang dikenalpasti terlibat.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim berkata pimpinan PAS negeri itu didesak mengambil tindakan atas ahlinya yang menyertai kumpulan itu.

"Tindakan yang akan diambil ialah dalam bentuk kehilangan jawatan yang mereka pegang dalam parti.

"Tetapi setakat ini, tiada tindakan sedemikian diambil walaupun wujud tekanan," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Zolkifly berkata beliau disoal beberapa pemimpin jawatankuasa negeri PAS pada satu pertemuan dua minggu lepas tentang penglibatannya dalam PasMa dan tentang pertubuhan itu.

Katanya walaupun beliau disoal, tiada tindakan diambil terhadapnya sebagai AJK PAS Pulau Pinang.

"Buat masa ini tiada tindakan, tetapi saya tidak tahulah pada masa depan," katanya.

Di Pulau Pinang, kumpulan itu secara umumnya diterima baik, Zolkifly berkata, dengan orang ramai mula bertanya bila cawangan negeri akan ditubuhkan.

"Rakan-rakan kami dari PKR dan DAP juga menerima kita secara positif. PasMa diberi slot semasa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini di sini," katanya.

Pasma ditubuhkan pada hari Merdeka semasa kemuncak kemelut menteri besar Selangor, sebagai respons kepada spekulasi yang PAS sedang mempertimbangkan menyertai Umno bagi menyelesaikan masalah tersebut. – 1 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-aktif-di-pulau-pinang-walau-pas-didesak-bertindak-atas-ahli-yang-terl#sthash.XFyrYMzi.dpuf
0 Komentar untuk "PasMa aktif di Pulau Pinang walau PAS didesak bertindak atas ahli yang terlibat "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI