PENYANYI era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon, Fadilah Mansor akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Memetik laporan sebuah media, kedua-duanya pasangan itu mula berkenalan ketika bertemu di sebuah majlis anugerah beberapa bulan lalu.
“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.
“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” ujar Fadilah yang enggan mengulas lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan bakal suaminya.
Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.
Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

0 Komentar untuk "Datuk A Rahman Hassan, Fadilah Mansor bakal kahwin"