LEBIH kurang tiga tahun lalu, pengarah filem ini pernah menampilkan karya yang meraih pulangan besar hampir RM11 juta, menerusi filem, Ombak Rindu walaupun hanya menelan kos produksi sekitar RM1.5 juta sahaja.
Tidak meletakkan soal bajet yang tinggi sebagai kekangan untuk menghasilkan filem berjiwa besar, Osman Ali, mengakui sesebuah produksi yang kecil mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa sekiranya berteraskan kepada keikhlasan para pengkaryanya.
Itulah pegangan yang perlu dicontohi kalangan pembikin filem dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan tidak hanya mengejar kuantiti.
Di sepanjang pengalamannya berada di kerusi pengarahan, kesemua itu diambil kira dalam menghidangkan karya terbaharunya, Jwanita, yang bakal menghantui pawagam pada tahun hadapan.
Hampir dua tahun diperam untuk menemui penonton di pawagam, filem yang menelan kos RM1.5 juta ini semestinya bakal mempamerkan kelainan apatah lagi ianya adalah idea asal daripada Osman sendiri.
"Pada awalnya, saya dan produksi memilih untuk menghasilkan filem Islamik berjudul, Munajat Kekasih. Namun, sebelum memasuki set penggambaran, kami merasakan filem ini bakal menelan kos produksi yang tinggi.
"Jadi, pada saat akhir, saya perlu menukar cerita ini kepada filem kos rendah namun memerlukan penceritaan yang menarik. Setelah puas berfikir, saya membuat keputusan untuk menampilkan filem genre seram ini menerusi kaca mata saya sendiri.
"Saya mengumpulkan kesemua idea untuk menghasilkan satu jalan cerita yang sesuai dan diangkat dari kisah masyarakat yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini iaitu pembunuhan serta permainan psikologi manusia setelah dipengaruhi syaitan," jelasnya.
Bercerita mengenai filem ini, Osman memberitahu, filem mengisahkan mengenai Jwanita, lakonan Maya Karin, yang mengalami masalah mental serius akibat sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.
Sinar kebahagiaan mula hadir apabila dia bertemu dengan Farhan, doktor yang merawat selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun, segalanya musnah apabila Farhan adalah tunang kepada adik kandungnya, Julaika membuatkan Jwanita kembali sakit dan berazam untuk membalas dendam.
Korek lubang kubur
Memilih lokasi di Kijal, Kemaman Terengganu, Osman mengakui, proses penggambaran yang mengambil masa selama 30 hari itu banyak mengajarnya erti sabar.
Menurutnya, produksi berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cuaca dan teknikal malah dia terpaksa mengerahkan produksi untuk bekerja hampir 24 jam sehari.
"Dari segi kerja, sememangnya lebih dari biasa, namun saya sangat berbesar hati memiliki kru produksi yang komited dalam menjayakan setiap babak.
"Dari segi bajet, tentulah ia juga memberi tekanan buat kami kerana bukan mudah untuk menghasilkan karya berjiwa besar dengan kos rendah.
"Selain itu, kami berdepan dengan tuntutan masa apabila ia melibatkan mekap kesan khas yang memerlukan masa sehingga empat hingga lima jam untuk disempurnakan," katanya yang mengakui babak yang paling susah ialah ketika Jwanita mengorek lubang kubur untuk keluarkan mayat pembantu mangsa yang dibunuhnya.
Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dari mula hingga akhir, namun komitmen daripada barisan pelakon menguatkan semangatnya untuk menjayakan filem ini.
"Saya mencabar diri saya untuk menghasilkan filem bercorak begini, namun saya sangat berpuas hati dengan kerjasama daripada Maya Karin, Cristina Suzanne, Bront Palarae, Marsha dan Datin Paduka Umie Aida.
"Ini adalah filem pertama saya yang melibatkan Cristina Suzanne, namun kehadirannya membuatkan saya gembira. Dia senang menerima teguran dan bila saya marah pun, dia tidak pernah tunjukkan emosi.
"Lagipun, apa yang saya nampak, Maya, Cris dan Bront ada keserasian dan mereka sangat rapat. Walaupun Maya adalah teraju utama, namun Cris juga memainkan peranan sebagai teraju kerana dia adalah heroin sisi protagonis," katanya lagi.
Selit CGI
Seiring dengan peredaran zaman yang serba canggih, pengarah filem Sejoli ini juga tidak ketinggalan dalam menyelitkan teknologi digital dalam karyanya ini.
Jelas Osman, menerusi Jwanita, dia cuba menyelitkan teknik Imej Janaan Berkomputer (CGI) untuk menghasilkan kesan yang terbaik.
"Saya cuba gunakan teknik ini sebaik mungkin dengan bantuan pakar yang sangat bagus. Sebelum ini, saya hanya menggunakan kamera filem biasa dalam karya terdahulu.
"Untuk Jwanita, saya memilih kamera digital Alexa, yang mampu merakam babak mengikut cita rasa saya. Saya berpuas hati dengan kru-kru yang terlibat termasuk dalam teknik pencahayaan, audio dan proses penyuntingan. Hasilnya adalah seperti yang saya harapkan," katanya lagi.
Ditanya mengenai kelainan filem ini berbanding filem arahannya sebelum ini, Osman memberitahu bahawa Jwanita adalah filem yang istimewa buatnya.
"Saya tidak peduli apa kata orang mengenai genre mahupun jalan cerita. Walaupun seram dan suspens, saya cuba memberikan sesuatu yang lain agar dapat menarik minat penonton.
"Sesiapa yang mahu tonton filem seram yang berlainan daripada yang ada, tontonlah Jwanita kerana ianya akan terjawab mengapa saya pilih jalan cerita ini," jelasnya.
Tambah Osman, walaupun terpaksa menunggu lama untuk ditayangkan, namun dia berharap agar ianya adalah satu penantian yang berbaloi.
"Saya mengharapkan agar filem ini dapat ditayangkan sebelum bulan Mei tahun depan dan kini kami sedang menunggu untuk tarikh tayangan.
"Sebolehnya, saya tidak mahu filem ini sekadar filem datang dan berharap agar ianya memberi sesuatu kepada penonton dan penggemar karya-karya saya.
"Sejujurnya saya merasa terkilan apabila filem ini diklasifikasikan dalam kategori 18 walaupun tiada unsur seksual. Namun, saya mengharapkan sambutan yang baik buat filem ini agar ianya mampu pergi lebih jauh lagi," katanya.
JUDUL : Jwanita
Pengarah : Osman Ali
Penerbit : Julian Jayaseela
Genre : Seram/Suspen thriller
Tarikh Tayangan : Tahun hadapan
Pelakon : Maya Karin, Cristina Suzanne, Bront Palarae, Marsha Landoh, Datin Paduka Umie Aida, Zarina Zainuddin
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd bersama Ehsan Production Sdn Bhd

0 Komentar untuk "Kerja keras Osman Ali"