Moga Presiden dan Timbalan Presiden PAS terus sihat bagi memimpin perjuangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Moga Presiden dan Timbalan Presiden PAS terus sihat bagi memimpin perjuangan


Luahan
Oleh Mazlan Aliman



Kali pertama saya mendengar Pidato Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pada tahun 1985 di Kota Bharu Kelantan. Tok Guru mengupas Konsep Negara Islam. Pengerusi majlis malam tersebut ialah Dato' Paduka Husam Musa. Bermula minat saya mengenai politik Islam. Hikmahnya belajar di Kelantan telah membuka pemahaman dan kesedaran mengenai PAS, meskipun berasal dari keluarga UMNO. Maklumlah, Johor negeri ku, kubu paling kuat UMNO di dunia!


Hampir 10 tahun berulang alik naik bas dari Johor ke masjid Rusila, setiap bulan, menambah ilmu yang di curahkan Tok Guru Haji Hadi. Koleksi kaset dan buku2 beliau saya beli dan sebarkan pada rakan2.
Kasih dan sayang saya pada Tok Guru tidak pernah berubah. Inilah contoh pemimpin yang tinggi ilmunya, hidup sederhana dan dikenali ramai hingga ke peringkat dunia. Ketokohannya sangat menyerlah hingga di lantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama' Islam Sedunia. Sumbangannya amat besar kepada masyarakat dunia. Konflik Iran-Iraq, pencerobohan Russia di Afghanistan, pertembungan Sunni-Syiah, perang saudara di Syria, kemelut kuasa di Mesir dan banyak lagi konflik antarabangsa; Tok Guru mendapat kepercayaan menjadi perantara oleh negara2 yang bergolak.
Saya harus mengakui kemampuan luar biasa Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai pemidato. Markaz Taman Melewar(kini KUIZM) beberapa kali menganjur ceramah ' 3 jam bersama Md Sabu '. Saya sebagai penceramah pun tidak akan mampu berceramah lebih dari sejam setengah. Pidatonya mantap, di selang seli jenaka yang fokus pada isu; yang menggamit ribuan hadirin berbagai kaum. Isteri saya antara peminat tegar Bang Mad, menghiburkan katanya.

Pemimpin Demonstrasi yang tiada tandingan. Mobilisasi rakyat mengenai kepincangan Pilihanraya, ketempangan demokrasi, kenaikan harga barang dan lain2 isu besar sudah sinonim dengan Bang Mad. FRU, gas pemedih mata dan water canon biasa baginya.
ISA, penjara, lokap, turun naik mahkamah dan dikepong dalam ceramah dan himpunan, amat lali bagi insan bernama Mohamad Sabu. Namanya tersohor seluruh lapisan masyarakat termasuk non muslim. Beliau mendambakan dirinya demi perjuangan dan hadapi segala rintangan yang cukup mencabar.

Justeru, sayang dan hormat kita pada Presiden, Timbalan Presiden dan pimpinan lain tidak berbelah bahagi. Jangan terpedaya dengan saraf musuh atau terpengaruh melalui fitnah serta adu domba yang berusaha siang malam memecahbelahkan pemimpin yang kita kasihi ini. Jangan buat dosa dengan share maklumat yang kita tidak pasti keshahihannya. Jangan dikejutkan dengan fitnah yang sedang tidur!
Setiap pemimpin ada kelebihan masing masing. Samada Ulama', Profesional dan aktivis bergerak seiring dengan ilmu dan keupayaan masing masing. Lengkap melengkapi antara satu sama lain. Siapa kita nak menghukum atau mengadili manusia hebat seperti Tuan Guru Hj Hadi atau Mohd Sabu?

Ada kalangan kita berjuang tak seberapa, takut hadapi ujian, tak pernah kena gas pemedih mata, lokap pun tak kenal; sembang aje lebih....
Moga Presiden dan Timbalan Presiden PAS terus sihat bagi memimpin perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Teringat pesan Tok Guru Haji Hadi waktu menziarahi beliau semasa sakit beberapa bulan lalu, ' banyakkan sabar, jangan henti bermunajat kepadaNya...Allah bersama kita'.

TERUS BERISTIQAMAH
0 Komentar untuk "Moga Presiden dan Timbalan Presiden PAS terus sihat bagi memimpin perjuangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI