Apa yang berlaku dalam Politik Dunia Umat ISLAM ini, saya lebih suka untuk menamakan pertembungan yang ada pada hari ini sebagai pertembungan:
POST ISLAMISME VS HARAKAH ISLAMIYAH.
POST ISLAMISME yang dimaksudkan ialah golongan yang memakai metode yang disarankan oleh ilmuaan barat seperti Oliver Roy dan ilmuan IRAN yang terbuang Asef Bayat. Walaupun mereka mungkin menafikan bahawa mereka meniru metode yang dinamakan oleh Oliver Roy ini, Namun, secara amalinya, mereka melaksanakan tanpa sedar.

Mereka juga telah diklasifikasikan dalam RAND, ISLAMIC Civil Democratic Report yang telah dikeluarkan pasca 9/11.
Perkembangan dan kesabaran Ulama ISLAM yang tegas dengan Prinsip dan Dasar perjuangan ISLAM , sebenarnya telah meletihkan Barat dalam pertembungan ini. Mereka tidak mampu menumpaskan gerakan ISLAM yang berpegang teguh kepada ISLAM. Oleh itu, mereka pula mencari kaedah yang lebih lembut yang akhirnya dapat memujuk majoriti Pejuang ISLAM kendur terhadap serangan pemikiran Mereka.
Dalam sudut yang lain, ada di kalangan pejuang ISLAM yang muda telah merasakan penat dan terasa kemenangan agak jauh, sedangkan Barat baru hanya menikmati kejayaan DUNIA tidak sampai dalam satu abad. Kemakmuran Dunia yang dinikmati sekarang baru bermula sejak 1970an selepas Perang yang panjang dengan Dunia ISLAM dan timur. Pertembungan pasca 9/11 agak berubah apabila Dunia memasuki abad ke 21. Oleh kerana pertembungan hebat Gerakan ISLAM dan penjajahan baru Barat melalui Ilmu dan budaya. Barat mula menyedari keperluan untuk melambatkan kebangkita ISLAM dengan membiarkan Pejuang ISLAM kekal dalam dilema prinsip dan strategi. Maka dibuka meda Demokrasi Liberal kepada Dunia ISLAM supaya Pejuang ISLAM melonggarkan prinsip dan Strategi tanpa Sedar.
Perubahan politik di Turki dan Tunisia dijadikan Modal dan contoh untuk pelaksanaan Liberalisasi Politik ISLAM melalui Demokrasi. Kejayaan sedikit ini dijadikan rujukan untuk menggantikan pandangan ISLAM terhadap nasihat Quran dan Sunnah. Akhirnya, pejuang ISLAM lebih memandang kejayaan Dunia daripada melihat keridhaan ALLAH dalam perjuangan.
Inilah yang berlaku pada PArti Al Istiqlal di Morocco, Parti AKP di Turki, An Nahdoh di Tunisia, PKS di Indonesia.
Malah dalam isu yang berlaku di Yemen melibatkan parti ISLAH pimpinan Dr Majid Az Zindani, berlaku juga pertembungan islamis Democrate dengan harakiyyun dalam melihat peluang dalam Demokrasi.
Kritikan dan kata kata Pedas terhadap keputusan Ikhwan Muslimin di Mesir juga menjadi tanda tanya terhadap perkembangan sahabat sahabat di Mesir. Kita melihat bagaimana terdapat perpecahan dalam membuat keputusan ketika Pilihanraya Presiden dua tahun yang lalu. Kelibat Abdul Mun'im futuh dalam Perebutan kerusi Presiden menandakan bahawa Ikhwan Muslimin juga tidak terlepas dari mengalami pertembungan dalaman antara democrat dan harakiyyun.
Di Malaysia juga, dalam parti PAS sendiri, transformasi ini sedang berjalan. Sekiranya kita tidak menyedari hal ini dan gagal menghalang. Maka, tidak hairanlah sekiranya PAS juga akan meninggalkan Dasar di atas kertas semata mata. Post ISLAMISME yang berlindung di sebalik prinsip Demokrasi ini, cuba memaksa PAS untuk mengendurkan Prinsip dan Dasar agar mereka boleh mendapat untung dan Menang dalam waktu yang Singkat. Pertimbangan perjuangan tidak lagi dilihat pada taabudi perjuangan ISLAM.
Perkembangan Isu MB Selangor, membuktikan bahawa golongan POST ISLAMISME gagal mendatangkan Hujah untuk menidakkan Hujah yang didatangkan oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama dalam mempertahankan keputusan Asal mengekalkan MB sekiranya tiada maslahah yang besar. Malah, mereka dengan berani menggunakan hujah yang amat Lemah dalam perbahasan Muktamar PAS kali ke 60 baru baru ini. Kita melihat ucapan bahas wakil Muslimat, yang meminta untuk ditimbangkan Wanita sebagai MB, telah menggunakan hujah zaman dan waqii , sedangkan zaman dan Waqii perlu juga dinilai dengan fiqhul Nusus yang terdapat dalam fekah ISLAM.
Dalam majlis yang sama, Perwakilan dari sebuah negeri selatan, Berulang kali mengolah pertukaran Nabi dan Zaman sebagai satu fitrah alam. Namun, pengolahan hujah tersebut di awang awangan, menggambarkan bahawa ada niat di sebaliknya supaya TG Presiden PAS, menyedari mesej sebenar disampaikan ialah supaya TG Presiden meletak jawatan kerana zaman beliau tidak lagi sesuai.
Maka, saya menyeru kepada semua yang cintakan PAS dan ISLAM. Kembalilah untuk mengkaji dan muhasabah perjuangan kita. Apakah kita berjuang untuk kemenangan yang singkat dengan mengorbankan prinsip?

Atau kita sanggup berhadapan dengan ALLAH untuk dipersoalkan atas kemenangan yang dicapai tanpa perjuangan yang betul atas Manhaj yang Menjadi Sunnah para pejuangNYA.
Ahmad Hakimi Othman
NKP Kuala Selangor.Sumber LinK
0 Komentar untuk "Dunia Islam Dan Pas"