Peguam Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai pemerhati dalam rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, meninggalkan bangunan mahkamah selepas selesai hari kedua perbicaraan, semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.
Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.
Perbicaraan hari kedua itu menyaksikan usaha peguam Anwar mempertahankan keputusan hakim bicara sebelum ini yang membebaskan beliau dari tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana keraguan terhadap sampel DNA itu.
Peguam Anwar, Ramkarpal Singh semalam cuba menghancurkan bukti saintifik menyokong kes pendakwa sehingga Anwar diputuskan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu.
"Kami menyokong kesimpulan hakim bicara walaupun Anwar sepatutnya dibebaskan lebih awal kerana Saiful bukan seorang saksi yang berwibawa," katanya.
Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka mengakhiri perbicaraan hari ini. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Saiful saksi berwibawa dan mengarahkan Anwar membela diri.
Zabidin kemudiannya membebaskan Anwar kerana mahkamah tidak "100% yakin" kewibawaan sampel diambil dari Saiful untuk ujian DNA, atas alasan bukti itu boleh jadi sudah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia untuk diuji.
Ahli kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong merumuskan dalam laporannya bahawa wujud DNA Saiful, seorang 'Lelaki Y' dan satu lagi lelaki berdasarkan sampel diambil dari dubur Saiful.
Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan untuk siasatan dan dikurung satu malam di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, bagi membolehkan polis mendapatkan DNA dan membandingkannya dengan tiga profil dijumpai lebih awal oleh Seah.
Polis telah mengambil tuala, berus gigi dan botol air mineral dari lokap di mana Anwar ditahan. Ia kemudian hantar untuk ujian DNA oleh ahli kimia, Siti Aidora Saedon.
Profil DNA bagi setiap tiga bahan itu menunjukkan ia berasal dari sumber sama.
Siti Aidora kemudiannya membandingkan profil DNA dari tiga bahan itu dengan penemuan Seah dan mendapati ia sama dengan profil "Lelaki Y" itu.
Semalam, pihak pembela memohon menolak kesimpulan tersebut.
Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah bahawa kaedah tiga barang itu diambil tidak mengikut undang-undang.
"Tidak ada bukti yang menunjukkan Anwar menggunakan ketiga-tiga bahan itu kerana tidak ada saksi yang memberikan keterangan," katanya.
Ramkarpal pula berhujjah, walaupun ada persamaan antara profil pada tiga barang itu dengan sampel DNA dari dubur Saiful, ia tidak boleh digunakan dalam mahkamah kerana ia diambil secara tidak sah.
Pihak pembela mengingatkan mahkamah semalam bahawa saksi pakar semasa perbicaraan juga mencadangkan sampel dari dubur Saiful mungkin telah tercemar.
Pakar forensik Prof David Lawrence Wells dan pakar DNA Brian Leslie MacDonald juga berkata adalah sukar mengumpul air mani selepas 36 jam kejadian serangan seksual itu.
Doktor dari Hospital Kuala Lumpur hanya mengambil sampel DNA dari Saiful sebelum tengah malam 28 Jun 2008 - 56 jam selepas dakwaan kejadian didakwa berlaku antara 3.00 dan 4.30 petang pada 26 Jun.
Well dan MacDonald berkata, kemungkinan spesimen mani diambil dari Saiful lama selepas dakwaan serangan itu telah tercemar.
Pihak pembela juga berkata, DNA Anwar telah sengaja diletakkan di situ. – 30 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hari-ketiga-bicara-anwar-bersambung-selepas-peguam-serang-bukti-dna#sthash.bcb8giSP.dpuf

0 Komentar untuk "Hari ketiga bicara Anwar bersambung selepas peguam serang bukti DNA"