Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, ditemani salah seorang peguamnya, N. Surendran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Oktober, 2014.Sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diganggu oleh pegawai polis yang mengendalikan penyiasatan itu, menurut peguambela Anwar pada hari ketiga perbicaraan rayuan di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Sebelum itu, Ramkarpal Singh memulakan penggulungan hujahnya tentang sampel yang tercemar dengan mendakwa kehadiran orang ketiga dalam sampel DNA.
Dia memberikan fokus kepada sampel diambil dari tuala "Good Morning" yang berdasarkan kepada rekodnya, mempunyai DNA asing, Allele18.
Allele18 menunjukkan ada pihak ketiga terlibat.
Allele18, katanya bukan dimiliki oleh Lelaki Y (yang didakwa adalah Anwar) atau Saiful.
Ramkarpal berhujah, Allle18 sepatutnya dilaporkan oleh ahli kimia kerajaan, Nor Aidora Saedon dalam laporannya tetapi dia gagal berbuat demikian.
Dia tidak berbuat demikian kerana dia "tertinggal" atau cuai, kata Ramkarpal.
Bagi Ramkarpal, dia gagal mematuhi garis panduan yang perlu diikuti.
Allele18, menurut beliau melebihi 18-20% dan ahli kimia itu sepatutnya menyatakan dalam laporannya.
Nor Aidora memeriksa barangan yang diperolehi dari lokap Anwar ketika direman pada 2008 selepas laporan polis Saiful ke atasnya.
Allele18, kata Ramkarpal, ditemui lagi dalam ujian semula.
Oleh itu, katanya, ia bukan sekali-sekali atau ditemui hanya sekali sahaja dalam ujian pada sampel.
Merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan, Ramkarpal berkata, panel hakim silap kerana tidak melihat fakta ini yang dibangkitkan pasukan pembela, dan beban mempertikaikannya terletak kepada pendakwa.
Dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan, panel berkata Seah dan Nor Aidora telah memberikan bukti berdasarkan analisis mereka mengenai sampel.
Ramkarpal (gambar, kiri) hari ini berhujah mereka hanya memberikan pendapat.
"Beban terletak sepenuhnya kepada pihak pendakwa (untuk menunjukkan) Allele18 tidak perlu dilaporkan sebagaimana yang dibantah kepada (ahli kimia yang hanya) memberikan pandangan.
"(Pakar Australia Brian) MacDonald pula berkata, ia perlu dimasukkan ke dalam laporan, memberikan merit kepada pihak pembela bahawa sampel telah dicemarkan," katanya.
Katanya, pencemaran dan kejatuhan kualiti sampel seperti dihujahkan semalam "menyebabkan loceng amaran dibunyikan kepada saintis yang objektif".
Jude Pereira
Ramkarpal kemudian beralih kepada terputusnya rantaian bukti dengan memberikan fokus kepada cara pegawai penyiasat Jude Pereira menguruskan sampel.
Penghujahan ini menjadi tumpuan semasa perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
Jude telah membuka sampul surat mengandungi tiub sampel berbeza, dan mendakwa tidak melihat sebarang tanda pada tiub itu. Jude juga mengambil keputusan sendiri meletak tiub itu ke dalam sampul berbeza dan melabelkannya.
Dia mendakwa hanya menuruti prosedur standard biasa bagi polis dalam mengendalikan bahan bukti.
Ramkarpal membangkitkan hal ini kepada hakim Mahkamah Persekutuan samada penjelasan Jude (gambar, kanan) adalah munasabah kerana "tidak ada sebab langsung membuka sampul yang dilekatkan kerana tiub itu telah dilabelkan."
Ini membawa kepada hujah pembela bahawa sampel berkemungkinan tercemar.
Merujuk kepada penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan, Ramkarpal berkata panel tidak menganggap June jujur ketika memberi keterangan bagaimana dia menangani sampel.
"Mahkamah Rayuan berkata ia tidak rasa tindakan memotong dan membuka tidak termasuk gangguan dan ia adalah selaras dengan prosedur polis.
"Ia tidak dipertimbangkan adakah Jude boleh dipercayai... mereka mengambilnya sebagai benar," kata beliau.
Ramkarpal juga berhujah, bukan prosedur polis membuka bukti tertutup, dan oleh itu June telah melanggar perkara ini.
Mengulas lebih lanjut tentang gangguan terhadap sampel, Ramkarpal mengambil keterangan saksi pembela Dr David Nah di mana beliau berkata gangguan terhadap tabung itu mungkin berlaku kerana penutup boleh dibuang dan diganti tanpa dapat dikesan.
Mahkamah Rayuan mengabaikan hal ini, kata Ramkarpal, kerana ia menolak keterangan Wells atas alasan dia tidak menyaksikan proses gangguan sebenar".
Ramkarpal berkata, jika ada keterangan bahawa seseorang telah menyaksikan satu penipuan, tidak timbul keperluan pembelaan dalam banyak kes.
"(Panel Mahkamah Rayuan) tidak melihat ada keraguan kepada integriti sampel...," katanya.
"Ini adalah salah haluan yang besar ketika mereka membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan dalam penghakimannya (tentang) gangguan dan kemungkinan gangguan yang tidak terbukti," tambahnya.
Seterusnya, kata beliau, ia "benar-benar" mengalihkan beban pembuktian daripada pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan.
"Itu tidak pernah menjadi undang-undang," jelas Ramkarpal. – 30 Oktober, 2014.
* Laporan dibantu Tarani Palani, The Edge Financial Daily.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-kimia-kerajaan-gagal-lapor-dna-orang-ketiga-kata-peguambela#sthash.5m9RKPsu.dpuf

0 Komentar untuk "Rantaian bukti, peranan Jude Pereira jadi tumpuan peguam Anwar "