Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam mengetuai pendakwaan dalam rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Mahkamat Persekutuan di Putrajaya hari ini. Pendakwaan dijangkan mengemukakan hujah supaya hukuman penjara 5 tahun Anwar dipanjangkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Oktober, 2014.
Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan sabitan liwat di Mahkamah Persekutuan memasuki hari ketiga hari ini dan akan diteruskan esok, berbanding hanya dua hari yang ditetapkan sebelum ini.
Salah seorang peguam beliau, Ramkarpal Singh akan menggulung penghujahan hari ini berhubung pencemaran sampel DNA, sebelum pihak pendakwaan diketuai peguam dilantik kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membuat permohonan mereka.
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan balas supaya hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun di bawah undang-undang ditambah.
Mac lalu, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan, yang mula bersidang Selasa lalu.
Berbeza dengan semalam, kompleks Istana Keadilan di Putrajaya pagi ini tidak seperti hari pertama dan kedua perbicaraan.
Semalam, lebih 3,000 orang berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah itu menunjukkan solidariti bersama Anwar.
Setakat 8:35 pagi ini, bilangan yang hadir dari awal pagi pada dua hari lepas tidak kelihatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya diiringi N. Surendran, salah seorang peguam beliau, di hari ketiga perbicaraan. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.

Ada yang menjangkakan prosiding berakhir semalam seperti dijadualkan, dan ramai yang datang dari seluruh negara menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar.
Pemimpin PKR, Wong Chen memberitahu orang ramai pada hari Selasa bahawa perbicaraan akan dilanjutkan dan menggesa mereka bersedia satu hari lagi bagi meneruskan perhimpunan di hadapan mahkamah.
Semalam memperlihatkan Ramkarpal memberi penghujahan terperinci mengenai teknik mengumpul dan memelihara sampel DNA daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dikatakan mempunyai kelemahan dan boleh menyebabkan sampel tercemar.
Bahkan Ramkarpal berkata, mungkin sampel yang disahkan ahli kimia kerajaan itu tidak berasal dari Saiful.
Walaupun ahli kimia mendakwa sampel berada dalam keadaan "baik", Ramkarpal berkata pengumpulan DNA Saiful berlaku selepas waktu yang panjang - 56 jam - selepas kejadian liwat.
Secara keseluruhan, masa kejadian sehingga sampel sampai kepada pegawai forensik adalah 96 jam. Di antaranya, ia disimpan di dalam kabinet besi di bilik pegawai penyiasat itu tanpa penyejukan.
Ramkarpal berkata ini mungkin menurunkan kualiti sampel.
Pembelaan juga mengatakan DNA Anwar mungkin juga telah diletak di situ.
Walaupun ahli kimia menemukan persamaan antara sampel dari sel Anwar di lokap polis dengan profil ditemui di dubur Saiful, pasukan pembelaan berkata DNA daripada lokap telah diperoleh secara tidak sah, melalui "tipu daya".
Tidak ada bukti langsung dan tidak ada saksi yang benar-benar melihat Anwar menggunakan barang-barang dalam lokap polis yang dikatakan ditemui DNA beliau.
Penggulungan pihak pembelaan tentang DNA berdasarkan keputusan hakim perbicaraan membebaskan ahli Parlimen Permatang Pauh kerana keraguan terhadap sampel.
Mahkamah Tinggi memutuskan intergriti sampel itu tidak boleh menjadi "100% pasti" diambil dari Saiful untuk ujian DNA dengan alasan bahwaa barang bukti itu telah diganggu sebelum diserahkan kepada ahli kimia.
Pihak pembela berusaha mengekalkan keputusan ini. – 30 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penyokong-mula-kurang-di-hari-ketiga-bicara-anwar-pendakwa-pohon-hukuman-pe#sthash.Hh9X6HMB.dpuf

0 Komentar untuk "Penyokong mula kurang di hari ketiga bicara Anwar, pendakwa pohon hukuman penjara ditambah "