Sultan Selangor lantik Azmin kerana percaya beliau disokong Pakatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sultan Selangor lantik Azmin kerana percaya beliau disokong Pakatan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin kedudukan Moamed Azmin Ali sebagai timbalan presiden PKR mempunyai sokongan padu semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.Pemilihan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu dibuat kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin timbalan presiden PKR itu mempunyai sokongan padu daripada PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mohamad Munir Bani.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu berkata, ‎Sultan mengambil maklum kerajaan Selangor dibentuk melalui kesepakatan antara tiga parti PKR, DAP, dan PAS.

Beliau berkata, baginda juga memahami kesepakatan menteri besar perlu dilantik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR untuk mendapat kepercayaaan majoriti dan sokongan daripada parti PR di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Azmin juga merupakan timbalan presiden PKR dan oleh itu Sultan mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang timbalan presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu.
"Bukan sahaja daripada PKR malah daripada PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 23 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-selangor-lantik-azmin-kerana-percaya-beliau-disokong-pakatan#sthash.b0i3ZxhJ.dpuf
0 Komentar untuk "Sultan Selangor lantik Azmin kerana percaya beliau disokong Pakatan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI