Strategi ‘Langkah Kajang’ gagal membuatkan parti berbilang kaum itu dipandang baik oleh pengundi Selangor. Matlamat utama untuk menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tidak berjaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.
“Langkah Kajang” PKR gagal, kata penganalisis yang berpandangan muslihat politik rumit itu sebenarnya ialah untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memastikan musuh politiknya, iaitu Mohamed Azmin Ali tidak mendapat jawatan tertinggi dalam negeri paling kaya tersebut.
Bagaimanapun, bukan itu yang terjadi.
Sebaliknya, orang nombor dua PKR itu, Azmin, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, akan mengangkat sumpah sebentar lagi hari ini sebagai menteri besar Selangor ke-15.
Ini satu tamparan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengidamkan kerusi itu tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana tersangkut dengan kes mahkamah.
Anwar cuba meletakkan isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu, tetapi mendapat tentangan bukan sahaja daripada istana, malah rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri, iaitu PAS.
Penganalisis berhujah, strategi “Langkah Kajang” gagal membuatkan parti berbilang kaum itu dipandang baik oleh pengundi Selangor kerana mereka sudah bosan dengan isu menteri besar ini yang berlarutan selama 8 bulan.
Merujuk kes Anwar yang berhadapan hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Wan Saiful Wan Jan (gambar) berkata: "Langkah Kajang jelas tidak berjaya. Matlamat pertama, iaitu untuk menaikkan Anwar sebagai calon, gagal."
"Kemudian mereka mahukan Dr Wan Azizah. Juga gagal."
Pada masa sama, menurut ketua Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) itu, harapan PKR agar strategi itu dapat meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti dan terhadap PR juga "gagal dengan teruknya."
"Sebaliknya, tahap sokongan rakyat merudum jatuh dengan amat teruk. Orang yang merancang Langkah Kajang ini sebenarnya tidak fikir masak-masak strategi ini. Seseorang mesti bertanggungjawab atas apa yang akhirnya terjadi," katanya.
Wan Saiful percaya Azmin akan jadi menteri besar lebih baik berbanding Khalid yang lebih merupakan seorang tokoh korporat daripada seorang ahli politik.
Bagaimanapun dakwanya, dari segi demokrasi menjadi satu kesalahan bagi Azmin menerima jawatan itu.
Ini kerana, Dr Wan Azizah yang memiliki sokongan majoriti 29 daripada 56 Adun, dan sepatutnya seseorang yang memiliki sokongan majoriti dilantik sebagai menteri besar.
"Saya memang percaya beliau (Dr Wan Azizah) bukan calon terbaik sebagai menteri besar, terutamanya kerana setiap keputusannya akan mengundang kritik dan ketidakpercayaan... dia tidak akan dilihat sebagai seorang menteri besar, tetapi sebagai boneka. Tak kiralah ia benar atau tidak, tetapi itulah persepsinya.
"Secara peribadi, saya percaya Azmin boleh jadi calon yang lebih baik tetapi saya masih rasa ia salah dari segi prinsipnya, berdasarkan amalan demokrasi," katanya.
Sementara itu, Dr Oh Ei Sun daripada S Rajaratnam School of International Studies, Singapura menganggarkan Langkah Kajang hanya mencapai kejayaan sebanyak 33%.
Ia hanya berjaya menyingkirkan Khalid, itu sahaja. Itu pun selepas sekian lama melalui satu kebuntuan.
Memetik pengalaman luas timbalan presiden PKR itu, beliau juga percaya Azmin lebih handal menangani situasi politik rumit yang sememangnya menjadi sebahagian proses mentadbir Selangor.
"Dari segi jangka pendek, akan ada bantahan dari dalam PKR sendiri. Tetapi, saya fikir ia tidak akan berpanjangan kerana Azmin pasti akan segera mengambil langkah meredakan ketidakpuashatian ahli parti atau membuat sebarang pemberian," kata penganalisis dari Singapura itu.
Penganalisis politik Dr Arnold Puyok pula berkata Langkah Kajang menyusahkan kedua-dua PR dan rakyat Selangor.
"Lebih ramai orang sekarang berasa langkah itu bukan bertujuan menangani masalah negeri Selangor tetapi semata-mata untuk mengukuhkan kuasa pihak tertentu dalam Pakatan. Langkah Kajang dan krisis menteri besar tidak elok untuk pembangkang.
"Satu-satunya cara menyelesaikan hal ini ialah dengan kembali kepada rakyat," kata Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Politik, Universiti Malaysia Sarawak itu, merujuk keperluan diadakan pilihan raya negeri yang baru.
Penganalisis bebas Khoo Kay Peng, sebaliknya melihat, arkitek Langkah Kajang naib presiden PKR Rafizi Ramli, pasti berasa strateginya itu berjaya dalam menyingkirkan Khalid.
Khoo juga percaya Azmin akan meningkat naik sebagai seorang pemimpin berkuasa kerana sebagai menteri besar, beliau akan mempunyai akses kepada sumber negeri yang luas termasuk dananya yang mewah.
"Dia orang politik, dia tahu bagaimana nak bina tapaknya, dia pasti akan menjadi satu ancaman kepada golongan yang anti-Azmin.
"Tetapi jika dia bijak, dia akan gunakan pengaruhnya untuk memenangi hati mereka yang membencinya.
"Dan kalau dia berjaya, dia boleh naik ke puncak dan menjadi pemimpin tertinggi menerajui PKR," katanya sambil menambah Azmin bagaimanapun tidak akan menentang mentornya Anwar kerana tidak mahu mengundang padah politik. – 23 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelantikan-azmin-sebagai-mb-langkah-kajang-dianggap-gagal-kata-penganalisis#sthash.2wNSAafq.dpuf

0 Komentar untuk "Azmin jadi MB, Langkah Kajang gagal, kata penganalisis"