PETALING JAYA - [VIDEO] Calon Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berada di belakang pencabar yang lain bagi merebut jawatan itu.
Rafizi berada di tangga kelima dengan 17, 461 undi. Sementara penyandangnya, Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 27,031 undi.
Tian Chua di tangga kedua dengan 20,480 undi, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketiga dengan 18,777 undi, sementara Dr Xavier Jayakumar menduduki tempat keempat dengan jumlah undi 17,587.
Keputusan tersebut diperolehi melalui laman web parti tersebut dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul, keputusan berkenaan adalah dari 195 cabang daripada 198 cabang PKR seluruh negara.
"Cabang Kelana Jaya dan Puchong masih lagi belum melalui proses pengundian, manakala keputusan cabang Pensiangan masih lagi belum disahkan setakat ini," katanya pada pemberita selepas sidang medianya di Pejabat PKR hari ini.
Proses pemilihan terakhir PKR dijangka berlangsung pada 10 Ogos.
Sementara keputusan penuh pemilihan kali ini hanya akan didedahkan pada Konvensyen Nasional PKR di Shah Alam pada 22 hingga 24 Ogos depan.

0 Komentar untuk "Rafizi ketinggalan di belakang"