SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penternak ikan air tawar yang didapati menggunakan bahan khinzir sebagai makanan kepada ikan ternakan.
Pengarah Perikanan Selangor, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya mengenalpasti beberapa pengusaha kolam ternakan ikan melakukan perbuatan itu.
"Pemeriksaan telah dibuat di kolam-kolam ternakan seluruh Selangor susulan penemuan bahan khinzir di sebuah kolam ikan air tawar di Perak yang dimuat naik dalam laman Facebook beberapa hari lepas.
"Melalui pemeriksaan itu, kami dapati terdapat beberapa pengusaha kolam yang tidak berdaftar dengan jabatan, disyaki memberi makan unsur babi kepada ikan yang diternak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya akan menyita kolam ternakan tersebut sekiranya siasatan mendapati ternakan mengandungi unsur-unsur khinzir bagi mengelak hasil ternakan terbabit dijual kepada umum.
Jelasnya, jabatan juga telah mengingatkan pemborong supaya mendapatkan sumber ikan dari tempat ternakan yang menggunakan bahan halal sebagai sumber makanan. - Bernama

0 Komentar untuk "Penternak guna babi beri ikan makan akan didenda"