SAO PAULO: Argentina pimpinan Lionel Messi menewaskan Belanda 4-2 menerusi penentuan sepakan untuk layak ke final Piala Dunia yang pertama sejak 1990.
Kebetulan mereka akan menentang Jerman, Ahad ini - lawan yang menewaskan mereka 1-0 dalam perlawanan akhir di Itali, 24 tahun yang lalu.
Penjaga gol Argentina, Sergio Romero muncul wira pasukan apabila gah menyelamatkan penalti daripada Wesley Sneijder dan Ron Vlaar untuk membantu pasukan Latin Amerika itu memburu mahkota kejuaraan buat kali ketiga pada edisi kali ini.
Tekanan untuk menyepak masuk penalti kemenangan digalas pemain gantian Argentina, Maxi Rodriguez selepas tiga sepakan sebelum ini berjaya disempurnakan kapten pasukan, Lionel Messi, Ezequiel Garay dan Sergio Aguero.
Apa pun dia tidak mengecewakan pasukan negara dan berjaya menewaskan Jasper Cillessen ketika penjaga gol Belanda itu gagal mengulangi aksi wira penjaga gol simpanan, Tim Krul ketika menewaskan Costa Rica dalam suku akhir.
Terdahulu, kedua-dua-dua pasukan itu seri 0-0 selepas perlawanan masa tambahan.
Perlawanan separuh akhir ini jelas berbeza jika dibandingkan dengan tragedi yang menimpa Brazil yang dibelasah Jerman 7-1, semalam selepas tuan rumah ‘roboh di bawah tekanan’.
Argentina dan Belanda menyaingi dalam kemampuan taktikal masing-masing dan perlawanan ini harus dirakamkan dalam buka rekod sebagai separuh akhir pertama Piala Dunia yang berkesudahan 0-0.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaDunia_ArgentinalayakfinaltewaskanBelandapenentuansepakanpenalti/pialadunia/Article/index_htmlKebetulan mereka akan menentang Jerman, Ahad ini - lawan yang menewaskan mereka 1-0 dalam perlawanan akhir di Itali, 24 tahun yang lalu.
Tekanan untuk menyepak masuk penalti kemenangan digalas pemain gantian Argentina, Maxi Rodriguez selepas tiga sepakan sebelum ini berjaya disempurnakan kapten pasukan, Lionel Messi, Ezequiel Garay dan Sergio Aguero.
Apa pun dia tidak mengecewakan pasukan negara dan berjaya menewaskan Jasper Cillessen ketika penjaga gol Belanda itu gagal mengulangi aksi wira penjaga gol simpanan, Tim Krul ketika menewaskan Costa Rica dalam suku akhir.
Terdahulu, kedua-dua-dua pasukan itu seri 0-0 selepas perlawanan masa tambahan.
Perlawanan separuh akhir ini jelas berbeza jika dibandingkan dengan tragedi yang menimpa Brazil yang dibelasah Jerman 7-1, semalam selepas tuan rumah ‘roboh di bawah tekanan’.
Argentina dan Belanda menyaingi dalam kemampuan taktikal masing-masing dan perlawanan ini harus dirakamkan dalam buka rekod sebagai separuh akhir pertama Piala Dunia yang berkesudahan 0-0.
0 Komentar untuk "Piala Dunia: Argentina layak final tewaskan Belanda penentuan sepakan penalti"