Larangan jual makanan sebelum jam 3 petang tidak perlu dipertikai - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Larangan jual makanan sebelum jam 3 petang tidak perlu dipertikai




BANGI, 9 Julai – Larangan penjualan makanan sebelum jam 3 petang sepanjang bulan Ramadan ini seperti yang diutarakan Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah mengikut polisi yang sah dan harus diterima pakai.
Bagi yang memahami maqasid syarak, larangan seperti itu tidak menjadi isu dan suatu peraturan yang sah.
Demikian ujar Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir baru-baru ini yang  meminta pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam terhadap premis yang menjual makanan sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan di semua negeri di Malaysia.
Ujar beliau, apabila pemerintah melihat maslahah untuk diwujudkan peraturan tertentu demi menjaga aspek-aspek maslahah (kepentingan) manusia, maka polisi itu menjadi peraturan yang wajib dipatuhi.
Ini berdasarkan kaedah Tasaraful imam manutun bil maslahah iaitu tindakan pemimpin itu terikat dengan maslahat dan rakyul imam iaitu, pandangan pemimpin dalam perkara yang tidak ada nas dan dengan syarat  selagi mana ianya tidak bercanggah dengan nas-nas yang lain adalah diterima pakai sebagai peraturan.
Lagipula kewajaran tindakan itu menurut Datuk Jamil Khir adalah untuk tidak menyumbang kepada orang Islam yang tidak berpuasa.
Maka ujar Ustaz Abdullah, kewajaran itu perlu diterima apatah lagi polisi yang ditetapkan berada dalam kerangka yang normal.
“Ianya juga tidak harus dipertikai atau ditertawakan oleh mana-mana pihak sekalipun, yang mungkin merasakan dirinya lebih bijak dan pandai,” kata beliau kepada wartawan ISMAweb.
0 Komentar untuk "Larangan jual makanan sebelum jam 3 petang tidak perlu dipertikai"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI