Para pemimpin bersama-sama pemikir negara Islam perlu mencari pendekatan lebih efektif bagi memastikan umat Islam tidak terjebak dalam aktiviti militan.
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) berkata usaha itu penting kerana aktiviti militan sering kali dikaitkan dengan orang Islam.
"Rakyat perlu diserlahkan dengan bimbingan yang sebenar dalam ajaran Islam di samping menentukan elemen keganasan tidak muncul yang kononnya mewakili Islam.
"Pada masa yang sama kita kena ada ramuan dan kriteria yang lebih tegas untuk menghadapi cabaran ini," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa perdana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat Kuala Lumpur, hari ini.
Rais yang merupakan presiden UIAM berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu rakyat Malaysia antara yang ditangkap polis baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti militan.
Rais berkata perkara itu berlaku disebabkan individu yang terbabit tidak menghayati dan mendalami ilmu agama Islam sebaik mungkin.
"Pandangan saya, ini semua gara-gara pendidikan tidak sampai ke dalam diri mereka dengan cukup sehinggakan tidak boleh untuk membendung perbuatan negatif dalam masyarakat," katanya.
Katanya peranan institusi pengajian tinggi di negara juga penting dalam memberi pendedahan lebih meluas tentang bahaya aktiviti militan menerusi penyampaian maklumat yang berterusan bagi menghadapi cabaran itu pada peringkat akar umbi.
Selain itu, Rais berkata institusi kekeluargaan turut memainkan penting bagi membimbing anggota keluarga masing-masing dengan penerapan didikan Islam sebenar supaya tidak cenderung terbabit dalam aktiviti sedemikian.
Pada majlis itu, tiga syarikat korporat menyerahkan sumbangan berjumlah RM900,000 untuk Tabung Wakaf UIAM iaitu Etiqa Takaful Berhad (RM300,000), Permodalan Nasional Berhad (RM500,000) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (RM100,000).
Seramai 11 kakitangan UIAM dan 28 pelajar turut menerima bantuan kewangan pada majlis itu. – Bernama, 8 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perlu-pendekatan-efektif-tangani-isu-militan-kata-rais#sthash.0a23Zx0R.dpuf

0 Komentar untuk "Perlu pendekatan efektif tangani isu militan, kata Rais "