FORTALEZA: Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa dijulang selaku wira pasukan Mexico selepas bertindak hebat untuk menghampakan puluhan ribu penyokong setia Brazil yang hadir menyaksikan perlawanan Kumpulan A di Stadium Castelao yang berkesudahan 0-0, awal pagi ini.
Aksi cemerlang ditunjukkan Ochua sepanjang perlawanan termasuk menyelamatkan tandukan ketua pasukan tuan rumah, Thiago Silva pada minit-minit terakhir perlawanan sekadar mula menyalakan impian untuk layak ke pusingan kedua berbekal empat mata daripada dua perlawanan.
Ochoa yang ditemui pemberita selepas tamat perlawanan itu mengakui perlawanan menentang Brazil adalah sangat sukar.
“Kami tahu ia menjadi sukar juga bagi Brazil kerana mereka bermain di tempat sendiri,” katanya.
“Kami tahu kami harus fokus 100 peratus sepanjang 90 minit jika mahu mengutip mata dan elak kalah.”
Pemain tinggi lampai itu turut memusnahkan harapan juara lima kali Piala Dunia itu untuk memungut tiga mata bagi meletakkan pasukan itu di zon selesa untuk ke peringkat seterusnya.
Ochoa, berusia 28 tahun mula menyertai perlawanan antarabangsa pertama mewakili negaranya ketika bertemu Hungary pada 14 Mac 2005.
Beliau yang mempunyai 58 cap antarabangsa kini bermain bersama kelab Perancis, Ac Ajaccio sejak 2011.
Persembahan menarik ditunjukkan Ochoa itu turut mendapat pujian bekas pemain antarabangsa.
Bekas penjaga gol Amerika Syarikat dan kelab Tottenham, Brad Friedel menyifatkan Ochua sebagai penyelamat dan pahlawan dalam perlawanan ini.
“Persembahannya sangat baik. Empat mata dikutip kedua-dua pasukan dan ia ternyata membimbangkan Brazil terutama jurulatih, Luiz Scolari,” katanya. - Agensi
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OchoaakursukaratasiBraziltapilegaMexicotakkalah/Article/

0 Komentar untuk "Piala Dunia: Ochoa akur sukar atasi Brazil tapi lega Mexico tak kalah"