THOMAS Muller muncul pemain pertama meledak hatrik dalam edisi piala Dunia kali ini selepas membantu Jerman membelasah Portugal di Arena Fonte Nova, awal pagi semalam.
Dalam pertemuan Kumpulan G itu, Muller meledak hatrik pada minit ke-12, m-45 dan m-78 manakala satu lagi gol Die Mannschaft sumbangan pemain pertahanan, Mats Hummels m-32.
"Sudah tentu saya gembira. Lebih manis lagi apabila hatrik itu dicipta ketika berdepan lawan hebat seperti Portugal," kata Muller.
Sementara itu, Muller menolak andaian bahawa dia telah menghasut pengadil perlawanan, Milorad Mazic supaya melayangkan kad merah kepada pertahanan Portugal, Pepe susulan insiden kekasaran m-37.
"Saya tidak ingat apa-apa. Saya hanya terasa seperti ditumbuk dan selepas itu ia tiada kaitan dengan saya.
"Kalau boleh, saya mahu melihat ulang tayang insiden itu dan berharap saya tidak melakukan tindakan bodoh," ujar Muller.
Selepas ini Jerman bakal bertemu Ghana di Fortaleza (Sabtu), sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Amerika Syarikat (27 Jun).

0 Komentar untuk "Magis Muller!"