SHAH ALAM - Tabung Haji tidak menetapkan jumlah kuota kepada mana-mana agensi yang diluluskan untuk membawa jemaah ke tanah suci.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours, Datuk Daud Che Ngah berkata, Tabung Haji hanya mengeluarkan lesen kepada seagensi terlibat seawal Januari atau Februari untuk memastikan berapa jemaah yang akan dibawa setiap musim haji.
“Berdasarkan pengalaman saya, Andalusia pernah bawa paling ramai 1,400 jemaah, tapi ada juga kita bawa 200 sahaja. Setahu saya ada 19 agensi yang diluluskan Tabung Haji dibenakan membawa jemaah.
“Tabung Haji hanya benarkan kita bawa jemaah lebih daripada 100 orang. Ini kerana dengan mengambil rekod prestasi agensi tersebut, jika ramai yang berminat dengan sesebuah agensi tersebut, bermakna syarikat itu prestasinya baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, selepas menyerahkan jumlah nama bakal jemaah yang akan mengikuti pakej di sesebuah agensi, Tabung Haji kemudian akan memaklumkan semula kepada agensi terlibat berkenaan prosedur yang ditetapkan.
“Seperti tahun lalu, Malaysia hanya dapat kuota 22,000 bakal jemaah berbanding tahun-tahun sebelum ini sebanyak 28,000 kerana kerajaan Arab Saudi melakukan ubah suai di Masjidil Haram.
“Tabung Haji akan tengok dulu berapa ramai yang akan kita bawa dan memastikan kebajikan kesemua jemaah itu seperti penyediaan bilik penginapan dan sebagainya. Pihak agensi juga selepas mengesahkan jumlah jemaah, perlu bayar satu pertiga kos hotel penginapan,” ujarnya.

0 Komentar untuk "Tiada kuota Tabung Haji"