TARIKH 8 Mac 2014 pasti menjadi ingatan seluruh dunia terutama Malaysia apabila pesawat Boeing 777 milik MAS yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada dikesan radar dan masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.
Insiden ini dianggap sebagai situasi luar jangka, selain ahli keluarga individu yang paling terkesan dalam tragedi MH370 adalah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Setelah lebih dua bulan usaha mencari pesawat MH370 digerakkan masih belum ada sebarang bukti kukuh umpama serpihan pesawat ditemui. Pencarian MH370 bakal tercatat dalam rekod dunia apabila melibatkan 26 buah negara dengan jumlah aset terbesar.
Ikuti temubual bersama individu penting dalam misi pencarian MH370 ini.
Dalam melalui tempoh yang panjang ini dalam misi pencarian ini apakah yang dipelajari negara?
Kita sudah memasuki fasa yang baru. Tidak banyak negara mampu buat seperti mana kita lakukan. Usaha mencari ini melibatkan 26 negara dan geopolitiknya di rantau ini cukup berbeza, apatah lagi dalam isu di Laut China Selatan antara Vietnam dan China telah bertembung.
Bagaimanapun dalam soal MH370, kepimpinan Vietnam membenarkan kapal-kapal China melalui perairannya tanpa sekatan.
Kita juga dapat lihat satelit China dikongsi bersama dengan JACC di Australia. Kapal terbang Amerika Syarikat (AS) P8 Poseidon dan P3 Orion duduk sebelah di Perth.
Di peringkat awal kita dapat kerjasama cukup baik daripada 10 negara Asean. Tiada satu terkecuali untuk membantu, sama ada melalui satelit atau radar ketenteraan. Ruang udara Indonesia dilalui dengan berbagai jenis pesawat untuk ke Perth.
Keadaan ini datang daripada kelebihan kepimpinan kita.
Bukan sesuatu yang mudah untuk negara lain mencontohi apa yang kita lakukan. Semua pihak akui tidak pernah dalam sejarah penerbangan dunia akan berdepan dengan situasi ini. Banyak negara ingin mengetahui apa yang kita belajar. Teknologi yang kita gunakan begitu spesifik dan canggih.
Pergerakan kapal terbang radar, transponder ELT. Ping teknologi kotak hitam. Semuanya dibuat kajian terperinci.
Kerjasama yang terjalin antara tiga negara juga luar biasa. Hubungan antara Australia dan AS tidak boleh dinafikan. Tetapi penglibatan China dalam usaha ini membuktikan bahawa tidak ada pertimbangan geopolitik atau konspirasi yang disebar sebelum ini.
Tidak mungkin ada pertimbangan geopolitik apabila pemimpin tertinggi China boleh bekerjasama rapat dengan Australia yang ada kaitan dengan AS. Kerjasama ini dipimpin oleh Malaysia.
Saya bangga apa yang telah kita lalui. Kerana kita tidak melatah, kita konsisten, kita telus dan tidak sembunyikan apa-apa dan kita dapat wujudkan jambatan dalam dunia yang penuh kebencian serta spekulasi.
Alhamdulillah setakat ini tidak berjaya untuk pihak luar melemahkan Malaysia.
Bagaimanapun kita masih ada misi yang sedang berjalan... Dan perjalanan masih jauh.
Bagaimana keadaan ahli keluarga penumpang ketika ini, adakah sudah stabil dari segi emosi dan penerimaannya?
Saya perlu akui bahawa pendekatan dengan ahli keluarga yang paling sukar. Ini telah pun disahkan oleh Jean Paul Todeac (Presiden Biro Penyiasatan dan Kemalangan Penerbangan Perancis) yang terlibat dalam pencarian pesawat Air France. Beliau maklumkan dalam tempoh dua tahun perkara itu cukup sukar walaupun mereka berjaya menemui serpihan pesawat.
Saya berterima kasih kepada jawatankuasa Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Luar), bukan sahaja dapat menyatukan pihak berkepentingan iaitu 14 negara yang terdiri daripada penumpang pesawat itu. Malah bekerjasama rapat dengan MAS pihak insurans dan kepimpinan China untuk menenangkan keluarga.
Angus Huston (Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi agensi Bersama JACC) juga telah memaklumkan persiapan untuk menerima kedatangan ahli keluarga ke Cranberra sudah siap. Ketika ini semua keluarga telah balik ke rumah masing masing.
Usaha mendekati keluarga perlu berterusan. Saya gembira apa yang berjalan sebelum ini. Berharap akan diteruskan.
Memandangkan usaha pencarian sudah masuk hari ke-70, dan tiada sebarang bukti ditemui, tidakkah Datuk Seri merasakan perlu untuk mana-mana pihak bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat ini, sama ada kerajaan Malaysia, atau MAS dan Datuk Seri sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan perlu meminta maaf kepada ahli keluarga penumpang MH370. ?
Untuk apa? Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan apakah punca sebenarnya. Jadi bagaimana untuk kita bertanggungjawab terhadap sesuatu yang kita tidak pasti.
Apa yang berlaku sesuatu yang tidak sama sekali dijangka. Bagaimana kita perlu bertanggungjawab ke atas sesuatu perkara yang di luar jangkaan semua pihak. Oleh sebab itu, kita berusaha untuk mengesan kebenaran yang terjadi.
Jadi adalah lebih baik ketika ini kita serahkan kepada pakar untuk lakukan siasatan.
Tenaga pakar yang digunakan ketika ini bukan calang-calang terbaik di dunia iaitu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) termasuk pasukan penyiasat dunia seperti CIA, FBI dan lain lain.
Ada pihak yang mengaitkan insiden ini sebagai cabaran dalam karier Datuk Seri. Tahun lalu, Datuk Seri berdepan dengan insiden Lahad Datu, dilihat lebih tertekan bagaimana dalam MH370 Datuk Seri lebih tenang?
Insiden Lahad Datu, 10 kali ganda lebih sukar dengan apa yang dilalui saya ketika ini.
Di Lahad Datu kita tidak tahu bentuk ancamannya. Setiap arahan yang dikeluarkan boleh menjejaskan nyawa pihak yang terperangkap.
Kita tidak ada kawan yang boleh berkongsi situasi itu.
Dalam isu MH370 setiap informasi yang didedahkan tidak akan menjejaskan mana mana pihak berbeza dengan situasi di Lahad Datu.
Selain itu kita tidak ada kepakaran dan tidak tahu apakah kepakaran yang diperlukan. Berbeza dalam insiden MH370 sejak hari pertama tidak ada mana mana negara menolak bantuan yang diperlukan. Kesemua negara Asean bekerjasama rapat dengan kita sama ada dari segi penerbangan awam dan radar ketenteraan.
Cabaran sama, pengalaman di Lahad Datu mematangkan saya.
MH370 memberi kita peluang meniti perjalanannya dengan lebih telus dan mendapat kerjasama banyak pihak.
Saya terharu setakat masa ini semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam misi pencarian fasa yang lalu tidak menuntut walau satu sen pun.
Malah sanggup mengerahkan aset tercanggih dan terkini mereka dalam membantu pencarian pesawat MH370. Lebih mengujakan pesawat sofistikated seperti P3 Orion turun membantu.
Apabila bercakap soal tanggungjawab kita perlu melihat penyertaan 26 negara yang turun dalam misi ini.
P8 Poseidon yang hanya dimiliki negara tertentu sahaja dikerahkan. Penglibatan kapal selam nuklear juga merekodkan sejarah dunia, kapal HMS Echo United Kingdom 26 minggu berada di Lautan Hindi.
Untuk mendapat penyertaan ramai seperti ini kita perlu berbangga Malaysia mampu koordinasi misi sebesar ini.
Kalau ada pihak yang cuba menuding jari kita tidak berjaya menemui pesawat sehingga hari ini, bukan hanya Malaysia perlu dipersalahkan tetapi seluruh dunia.
Tragedi yang melibatkan pesawat adalah kedua terburuk dalam penerbangan negara selepas Tanjung Kupang, adakah kesukaran kita menyelesaikan masalah MH370 kerana kita tidak bersedia menghadapi kemalangan seumpama ini?
Saya juga menanyakan soalan ini pada diri saya setiap hari. Selepas saya berjumpa dengan semua pakar dunia dalam bidang penerbangan selepas saya berjumpa dengan Jean Paul Trodec, Angus Huston serta pihak pakar yang lain termasuk dalam bidang ketenteraan semua menyatakan bahawa tragedi ini satu di luar jangkaan.
Bermakna apa yang dilalui nak diketahui dunia, dan kawasan pencarian di Lautan Hindi ada kawasan yang sunyi dan mencabar.
Melalui teknologi Bathemetric yang akan digunakan adalah kajian yang pertama kali dibuat dalam sejarah manusia. Justeru itu ini menunjukkan apa yang dilalui ini bernilai kerana seluruh dunia ingin tahu.
Dan apa yang kita lalui ini akan mengubah sejarah penerbangan dunia kerana selepas ini semua pihak akan melihat perkara berkaitan transponder keupayaan kotak hitam. Keadaan ini bukan sahaja unik untuk Malaysia.
Semua orang ingin tahu bagaimana satelit, dan radar di Lautan Hindi tidak dapat membaca signal dihantar pesawat MH370 melalui aset ketenteraan yang diturunkan. Sementara dari segi penerbangan awam juga Boeing dilihat pihak yang penting kerana itu adalah pesawat keluarannya, mereka juga mahu tahu apa yang terjadi.

0 Komentar untuk "MH370: Kerjasama luar biasa terjalin"