KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam kini berdepan dengan satu bentuk ancaman atau serangan baharu yang begitu agresif iaitu pemikiran dan fahaman Humanrightisme.
Menurut Najib, fahaman dilihat seolah-olah satu cabang agama baru yang pesat berkembang di dalam dan luar negara.
“Fahaman ini bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu semata-mata dan menolak sistem nilai yang merangkumi normal agama dan adab susila.
“Mereka melakukan segala ini di atas satu balutan indah yang diumpani dengan istilah kononnya atas dasar memperjuangkan hak-hak asasi manusia,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah.
Hadir sama, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, hakikat pemikiran sesat merupakan ancaman yang sangat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam.
“Sekali lagi kita menyatakan bahawa Islam yang dianuti, yang diamalkan dan dinobatkan sebagai agama negara di Malaysia ini adalah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana dibawa oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat.
“Sudah tentu, kita sama sekali tidak akan reda dengan sebarang tuntutan agar hak murtad daripada Islam diberikan atau hak umat Islam ini melaksanakan ajaran Islam melalui Mahkamah Syariah dinafikan, mahupun sebarang perilaku songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diperakui serta dihalalkan,” katanya.
Pada majlis tersebut tiga qari dan qariah jemputan yang pernah memenangi tilawah al-Quran memperdengarkan bacaan.
Antaranya, Datuk Abdul Hak@ Abdul Ghani Abdullah, Datuk Ahmad Faizol Ghazali dan Syarifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.
Tilawah al-Quran itu bermula dari 13 Mei hingga 17 Mei ini.

0 Komentar untuk "Ancaman baharu umat Islam"