KUALA LUMPUR - Kemelut pemerintahan yang berlaku di Terengganu tidak boleh disamakan dengan situasi peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat (PR).
Pengamal undang-undang yang dihubungi Bernama hari ini, berpendapat BN kekal memerintah di Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai calon Bebas, kerana tidak menyatakan pendirian untuk menyokong pembangkang.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, keadaan ini berbeza daripada krisis Perak 2009 apabila tiga wakil rakyat PR menjadi ahli Bebas menyatakan sokongan kepada BN, tatkala BN dan PR kekika itu mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berjumlah 59 kerusi.
Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar setelah mengambil kira pendirian tiga wakil rakyat Bebas itu.
Justeru itu, Mohd Hafarizam berkata, selagi tiga wakil rakyat Terengganu itu tidak membuat pendirian sebagai 'cenderung ke pembangkang', Terengganu masih diperintah BN dan "dakwaan bahawa kerajaan BN tumbang di Terengganu adalah salah dan tidak tepat".
Beliau menambah jika wujud kerajaan baharu di bawah pemerintahan Pas di Terengganu, sudah pasti seorang Menteri Besar (MB) dari parti itu telah dilantik semalam, namun majlis angkat sumpah jawatan MB baharu melibatkan Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, juga dari BN.
"Sekarang kuasa eksekutif dan MB adalah Ahmad Razif dari BN dan selagi beliau tidak menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk Dun dibubarkan atau (Ahmad Razif) tidak membentangkan usul tergempar untuk mendapatkan undi kepercayaan daripada dewan, beliau masih kekal sebagai MB," kata Mohd Hafarizam.
Semalam, Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, menyebabkan kedudukan BN di Dun yang mempunyai 32 kerusi menjadi 15 BN (termasuk satu kerusi Speaker), Pas (14), PKR (1) dan Bebas (3). Ahmad juga meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.
Ditanya jika beliau melihat kerajaan campuran sebagai jalan penyelesaian krisis itu, Mohd Hafarizam berkata itu merupakan keputusan politik, dan bukannya dari sudut perundangan.
"Perkara ini (kerajaan campuran) pernah berlaku pada 1974 antara Pas dan Umno dan ia merupakan satu pilihan yang ada, namun semuanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti sama ada mahu atau tidak," katanya.
Peguam Datuk Salehuddin Saidin juga berpendapat tiada sebarang isu timbul di Terengganu kerana wakil rakyat yang memilih untuk 'menjadi' Bebas tidak menyatakan sokongan kepada Pas.
Pengamal undang-undang Malik Imtiaz Sarwar pula bersetuju bahawa pembubaran Dun adalah cara terbaik selari dengan prinsip demokrasi, dan menambah persoalan yang timbul kini adakah Ahmad Razif mendapat 'sokongan majoriti'.
"Dan ini bergantung kepada tiga Adun itu sama ada mahu menyokong atau tidak, dan jika mereka tidak menyokong MB itu, maka seorang lagi MB baharu perlu dilantik, begitu juga dengan Exco yang perlu berlaku rombakan," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk "Situasi Terengganu berbeza krisis Perak 2009"