Berjiwa besarlah wahai pemimpin!
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
KETIKA artikel ini ditulis, suhu politik negara khususnya di Terengganu sedang memuncak. Setelah beberapa jam Datuk Seri Ahmad Said melepaskan jawatan selaku Menteri Besar, beliau bersama Adun Ajil dan Adun Bukit Besi mengisytiharkan keluar Umno menjadi Adun Bebas.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-asyraf-wajdi-dusuki/berjiwa-besarlah-wahai-pemimpin-1.279825
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
KETIKA artikel ini ditulis, suhu politik negara khususnya di Terengganu sedang memuncak. Setelah beberapa jam Datuk Seri Ahmad Said melepaskan jawatan selaku Menteri Besar, beliau bersama Adun Ajil dan Adun Bukit Besi mengisytiharkan keluar Umno menjadi Adun Bebas.
Alasan bekas MB keluar Umno sebagaimana laporan media massa menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri tidak mengambil kira perasaannya untuk menangguhkan peletakan jawatan hanya selepas majlis kenduri perkahwinan anaknya.
Penulis sebenarnya terpinga-pinga apabila membaca alasan bekas Menteri Besar itu. Dalam hati kecil penulis berdoa agar kenyataan tersebut disalah lapor media.
Tidak mungkin hanya kerana sebuah majlis perkahwinan, Pengerusi Umno Negeri dan bekas MB tergamak menggadaikan prinsip perjuangan dan meleburkan janji taat-setia terhadap parti yang menaikkan beliau daripada tiada apa-apa jawatan.
Teringat senario selepas Pilihanraya Umum ke-12, beliau dinaikkan menjadi Menteri Besar tanpa dokongan mana-mana pimpinan parti hanya kerana Datuk Seri Idris Jusoh dinafikan hak menjadi MB walaupun disokong 22 Adun.
Namun Idris sedikit pun tidak melatah, malah akur dengan keputusan istana. Beliau tetap setia dengan Umno walaupun hanya berjawatan Adun biasa. Akhirnya ALLAH mengangkatnya menjadi menteri penuh di pusat.
Malangnya kini apabila Ahmad diminta melepaskan jawatan MB setelah sepenggal menikmati kedudukan di puncak kuasa, beliau melatah dan sanggup meninggalkan Umno yang menjadi wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Mungkin ada baiknya kita mengambil pengajaran kisah masyhur Khalid al-Walid RA, sahabat Nabi Muhammad SAW yang hebat diangkat menjadi panglima perang pada zaman Baginda SAW.
Kewibawaan Khalid RA selaku Panglima perang diperakui Khalifah Abu Bakar RA yang menjadi Khalifah pertama umat Islam setelah kewafatan Nabi SAW. Abu Bakar RA meneruskan pelantikan beliau sebagai panglima perang.
Bagaimanapun, tatkala Saidina Umar al
Khattab RA mewarisi takhta khalifah, beliau menggantikan Khalid RA dengan Abu Ubaidah RA bagi mengisi jawatan selaku Panglima perang.
Tindakan ini mengecewakan ramai sahabat dan umat Islam yang selama ini mengagumi kewibawaan Khalid RA.
Malah ramai kalangan sahabat meluahkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada Khalifah Umar RA. Bagaimanapun Khalid RA tetap berlapang dada dan tenang menerima keputusan Umar RA, walaupun beliau diagung-agungkan seluruh umat Islam waktu itu.

Pengikut Khalid RA, sebagai manusia biasa yang mungkin terdorong perasaan hawa nafsu dan sentimen, menyebelahi Khalid dan merasa marah terhadap tindakan Khalifah Umar.
Apatah lagi jika yang digantikan itu adalah seorang yang diperakui kewibawaan dan keperkasaannya dalam memimpin angkatan tentera Islam sehingga berjaya mengembangkan wilayah pemerintahan Islam hingga ke Basrah, Kufah dan Mesir.

Namun, kesetiaan Khalid RA dan pengikutnya kepada prinsip dan wadah perjuangan tidak pernah tergugat walaupun dipecat. Khalid tetap mengutamakan kepentingan umat dan agama berbanding kepentingan diri untuk terus berkuasa. Beliau tetap teguh di belakang kepimpinan Umar RA.
Di sinilah pengajaran besar perlu diteladani agar kita tetap tegar memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada pucuk pimpinan yang tentu mempunyai perkiraannya tersendiri akan keperluan menukar posisi kepimpinan.
Dalam sejarah tercatat hikmah besar mengapa Umar RA menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah, antaranya kebimbangan Umar terhadap umat akan mudah tergelincir daripada aqidah jika kepercayaan kepada Khalid melebihi keyakinan mutlak kepada ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa menentukan jatuh bangun dan menang kalah tentera Islam dalam peperangan.
Umat perlu disedarkan kembali yakni penyerahan diri hanya semutlaknya kepada ALLAH SWT.
Seorang pemimpin perlu berjiwa besar dan tidak mudah kecewa jika kuasa itu tidak lagi menjadi milik kita.

0 Komentar untuk "Alasan Mat Said Keluar UMNO tak Munasabah"