PUTRAJAYA - Malaysia menjadi antara negara contoh yang berjaya menguruskan perpaduan dengan baik meskipun dihimpit pelbagai isu perkauman dan agama sejak akhir-akhir ini.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata empat faktor kejayaan itu adalah keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat, perkongsian kuasa antara parti politik, amalan konsep wasatiyyah dalam menyelesaikan masalah serta sikap majoriti rakyat yang cintakan perpaduan.
"Bagi saya itulah empat formula penting kenapa kita jadi negara yang hari ini masih kekal negara merdeka, progresif dan maju kerana kita mempunyai acuan-acuan yang diperlukan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis serah tugas Ketua Pengarah JPNIN di sini hari ini.
Menurutnya kerajaan akan terus berusaha memastikan sebarang masalah yang dihadapi dapat diuruskan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Azman Amin berkata JPNIN akan sentiasa bersedia menguruskan cabaran-cabaran baharu yang sentiasa datang dan pergi.
"Sebagai agensi kerajaan kita akan bersedia hadapi dan uruskan isu kontroversi dengan baik dan bijaksana," kata beliau.
Menjawab isu sama ada hukum hudud boleh menjejaskan perpaduan antara kaum, Azman Amin berkata sama ada dilaksanakan atau tidak, ia tetap perlu diperjelaskan secara terperinci kepada rakyat.
"Serahkan kepada pihak yang berkepakaran dalam agama untuk memberi penjelasan supaya kontroversi tidak terus timbul," katanya.
Sementara itu, Azman Amin, yang akan bersara esok berkata pelbagai cabaran dilaluinya sepanjang 37 tahun berkhidmat di jabatan itu terutamanya dalam menangani isu-isu perkauman dan agama yang dicetuskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JPNIN sejak 10 tahun lepas akan digantikan Timbalan Ketua Pengarah (Perpaduan Nasional) L.Gandesan. - Bernama

0 Komentar untuk "Malaysia negara contoh urus perpaduan kaum"