*SEHARI dua ini orang bercakap semula mengenai hudud. Ini bukan benda baharu dan telah dijadikan isu sejak sekian lama. Dari semasa ke semasa ia dibangkitkan oleh satu pihak, dijadikan satu polemik sehingga timbul kontroversi, dan padam semula.
Sejak dulu setiap kali ditimbulkan isu penting agama mencetuskan pertelagahan umum baik dalam kalangan orang Islam mahupun di pihak bukan Islam. Masing-masing tidak mahu mengalah, tidak mahu bertolak ansur.
Hudud adalah wajib, tidak ada dolak-dalik lagi. Orang Islam perlu menegakkan hukum ini. Biarlah saudara kita yang bukan Islam menentang keras hukum ini, sebagai orang Islam kita perlu terus berusaha untuk menegakkannya.
Sebagai negara Islam kita patut terus mencari ruang agar satu hari nanti – mungkin dalam waktu terdekat ini – hudud dapat dilaksanakan. Tidak timbul soal sama ada orang bukan Islam menerima atau tidak. Kalau hendak ambil sentimen saudara kita bukan Islam, sampai bila pun hukum ini tidak dapat dilaksanakan.
Di tempat kita bukan sahaja hudud, hukum dan undang-undang lain pun bukan semua orang setuju seratus peratus. Bukan semua suka sekian banyak akta yang kita ada, tetapi selagi ia tidak memudaratkan masyarakat terbanyak, maka akta-akta itu terus dikuatkuasakan.
Isu hudud tidak sahaja menjadi polemik dan perdebatan dalam kalangan bukan Islam tetapi juga sesama Islam sendiri. Satu kelompok menyokong dan begitu bersemangat melaksanakan hukum ini, kalau boleh esok.
Satu pihak lagi berpendapat pelaksanaan hukum tersebut perlu ditimbangkan dari banyak sudut. Masing-masing ada fakta dan hujah yang munasabah. Dalam Islam perbezaan pendapat dibenarkan malah digalakkan.
Apa yang menjadi masalah sekarang ialah pertelagahan isu hudud – baik dalam kalangan bukan Islam atau sesama Islam – telah dijadikan mainan politik. Ada kepentingan politik yang hendak dimanfaatkan di sebalik gembar-gembur isu sebenar.
Kita mesti menegakkan hudud semata-mata kerana agama, bukan kerana politik. Jangan asyik berbalas pantun dan bersajak kabur, tetapi akhirnya tidak ke mana. Sejak dulu kita asyik bertelagah sesama kita untuk menegakkan hukum kita. Maka orang lain ketawakan kita!
*MACAM hudud, peraturan lain pun ada setuju, ada tidak setuju. Contoh terkini, apabila kerajaan hendak mewajibkan peraturan supaya setiap pemandu bas ekspres menjalani ujian air kencing setiap hari sebelum bertugas, ada sokong ada tidak sokong.
Orang ramai, khasnya penumpang, menyokong penuh peraturan ini atas kebimbangan bahawa pemandu yang dipengaruhi dadah boleh membahayakan penumpang, seperti yang telah banyak kali dibuktikan dalam kes-kes kemalangan maut.
Ada pemandu terlibat dalam kemalangan maut disahkan sebagai penagih. Orang ramai bertanya mengapa penagih dadah diterima sebagai pemandu bas? Sebab itu kerajaan mengadakan peraturan baharu.
Tetapi pemandu bas tidak setuju peraturan tersebut. Mereka kata ujian air kencing setiap hari adalah menyusahkan. Mereka menghujah sekiranya diadakan ujian seperti itu akan melambatkan waktu perjalanan sebab masa banyak diambil untuk ujian.

Ini soal keselamatan penumpang, kerajaan tidak perlu tunduk kepada rungutan pemandu. Mungkin kerajaan perlu memikirkan kaedah paling sesuai supaya ujian air kencing tidak menyusahkan.
Secara peribadi saya tidak nampak apa susahnya menjalani ujian air kencing, kecuali seseorang itu mengambil masa setengah jam atau sejam sekali kencing. Ujian tersebut memerlukan hanya beberapa titik air kencing, bukan empat lima gelas untuk diuji. Kalau ada kelengkapan, keputusan ujian boleh diketahui dalam beberapa minit. Jadi di mana susahnya?
Jangan berundur dan jangan selalu berlembut dengan pemandu atau syarikat bas. Kita ada kuasa, kita boleh melakukannya.
*AKHIR kalam, marilah kita meneruskan doa untuk pengakhiran terbaik dan pasti ke atas misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini – setelah hampir dua bulan – masih dengan seribu satu soalan, tanpa jawapan.
Dalam pada itu beberapa perkara tidak molek terus melingkari pesawat MAS sejak kebelakangan ini. Ada yang terpaksa berpatah balik ke KLIA setelah berlepas, ada pecah tayar, ada masalah teknikal, macam-macam. Kenapa begitu?

0 Komentar untuk "Perihal ‘dang-ding-dong’ hudud"