PM umum insentif baru - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PM umum insentif baru

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat buku 'Di Depan Api Di Belakang Duri' karya Tan Sri Zainuddin Maidin (tengah) selepas merasmikan Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.Turut kelihatan Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kiri). - Foto Effendy Rashid Perkasa ekonomi Bumiputera: Geran, peluang bantu usahawan teroka pasaran luar

Kuala Lumpur: Pelbagai bantuan dalam bentuk geran dan peluang untuk usahawan Bumiputera bagi menembusi pasaran luar adalah antara inisiatif memperkasa ekonomi Bumiputera yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata inisiatif itu bagi mengupayakan usahawan Bumiputera yang masih jauh ketinggalan.


Beliau berkata, Bumiputera masih terkebelakang dari segi ekonomi, walaupun Malaysia sudah mencapai kejayaan yang membanggakan.

Pelbagai insentif diumum

Bagi menangani isu ini, katanya, pelbagai insentif akan diumumkan Perdana Menteri untuk mengukuhkan kedudukan dan ekonomi Bumiputera secara keseluruhan.

“Dari segi jumlah (insentif) akan disentuh oleh Perdana Menteri esok (hari ini), kita tunggu dan lihat,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri dijangka mengumumkan dasar bagi memperkasakan ekonomi 67 peratus penduduk negara ini yang terdiri daripada Bumiputera memandangkan pengukuhan golongan itu akan mewujudkan limpahan manfaat yang boleh menguntungkan semua.

Najib yang juga Menteri Kewangan, dijangka menyentuh aspek pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera seiring usaha merealisasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang tujuh tahun.

Intipati penting dalam memastikan kejayaan pemerkasaan kali ini ialah pelaksanaan berkesan di setiap peringkat.

Sebelum ini, banyak dasar yang baik diperkenalkan, namun pelaksanaan yang lemah dari sudut bekalan rangkaian merencatkan pengukuhan itu.

Oleh itu, komitmen jitu dituntut daripada setiap pihak, bukan saja di peringkat persekutuan malah di peringkat negeri, bagi melahirkan usahawan Bumiputera tulen.

Komitmen setiap agensi dan institusi yang terbabit dalam usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera juga harus dituntut bagi memastikan usaha mereka lebih efektif. - BERNAMA

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMumuminsentifbaru/Article
0 Komentar untuk "PM umum insentif baru"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI